“Dah tahu dia suami orang, tak payah la kacau…” – Giliran Bella Astillah ‘buka mulut’ atas pengalaman sendiri

"Dah tahu dia suami orang, tak payah la kacau…" – Giliran Bella Astillah 'buka mulut' atas pengalaman sendiri

 

Kontroversi rumah tangga antara pelakon Izreen Azminda, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude dengan isteri pertamanya Intan Liana Saleh masih menjadi isu hangat dan turut mendapat perhatian penyanyi, Bella Astillah.

Bella menulis di ruangan komen Instagram rasmi mStar Online iaitu @mstaronlineofficial pada salah satu foto berkaitan berita mengenai hal perpisahan Ude dengan isteri pertama, pada Rabu lalu.

Isteri kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz itu berkata, sekiranya kedua-dua pihak sudah tahu status masing-masing dari awal berjumpa, seharusnya mereka tahu batasan, sebolehnya jauhkan diri dan jaga kelakuan.

Tambah Bella, seseorang individu itu perlu hormati hak orang lain terutamanya sesama wanita dan kebahagian orang.

Dia menjawab komen akaun Instgaram ditulis oleh @tuanyasir yang mempertikaikan tindakan netizen yang menyalahkan Izreen sedangkan perkahwinan yang terjadi itu berlaku disebabkan kehendak kedua-dua belah pihak.

Reaksi diberikan oleh Bella itu kerana dia sendiri pernah melalui pengalaman yang hampir sama apabila suaminya mengaku curang kerana keluar ke pusat karaoke bersama pelakon Afifah Nasir.

Sumber : MStar Online

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password