“Dah macam binatang kau layan manusia tu…” – Tindakan pegawai imigresen pukul kepala warga asing dikecam netizen

"Dah macam binatang kau layan manusia tu…" – Tindakan pegawai imigresen pukul kepala warga asing dikecam netizen

Sejak awal pagi tadi, sebuah video menjadi tular di media sosial apabila rakaman yang dibuat oleh seorang individu mengenai tindakan pihak imigresen terhadap pekerja asing yang melampaui batas sehingga memukul kepala lelaki berkenaan.

Video pendek berdurasi sembilan saat itu telah dirakam oleh seorang individu yang berada di tempat kejadian. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Johor Bahru.

Video berkenaan melihatkan bahawa pihak imigresen berakhlak rendah dan tidak bermoral kerana bertindak memukul kepala warga asing tersebut sesuka hatinya.

Video tular pihak imigresen memukul kepala warga asing.

Layanan oleh pegawai immigration kepada perkerja asing. Di immigration johor bahru..

Posted by Arivom1000 on Tuesday, May 29, 2018

Video tersebut menyaksikan bahawa pihak imigresen telah memukul kepala lelaki warga asing tersebut. Namun, kejadian tersebut hanya disaksikan oleh orang ramai sahaja yang mampu mendiamkan diri dan tidak peduli akan perkara tersebut.

Rata-rata netizen telah meninggalkan komen dalam ruangan video tersebut dan kesal terhadap sikap sebagai seorang rakyat Malaysia (pihak imigresen).

Buat report terus.

Tak perlu sampai ketuk kepala.

Tiada sifat kemanusiaan.

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password