“Dah lenyap dari dunia ke? Alhamdulillah…” – Instagram Faiz Roslan dipadam serta merta

"Dah lenyap dari dunia ke? Alhamdulillah…" – Instagram Faiz Roslan dipadam serta merta

Kecoh apabila baru-baru ini selebriti media sosial iaitu Faiz Roslan memuat naik video parodi menari dalam kea­daan ghairah yang telah menerima kritikan hebat oleh netizen.

Beberapa individu turut tampil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan tersebut kerana seolah-olah mencemarkan bulan yang mulia ini. Penceramah bebas, Da’I Wan turut berpeluang untuk menegur dan bersemuka dengan remaja berkenaan.

Seakan-akan tidak endah mengenai nasihat dan pengajaran yang diberikan, remaja berusia 18 tahun itu sekali lagi mencipta kontroversi ketika membuat ‘live video’ di Instagram miliknya.

“Boleh tak angkut faiz roslan dgn kawan kawan masuk van jenazah, dia tak puasa” – Minaxzaini #donebawang #OMM

Posted by Oh My Media on Tuesday, May 29, 2018

Terbaru, dia telah membuat pengakuan tidak berpuasa dan tidak menunaikan solat lima waktu kerana tidak mahu dilabel sebagai hipokrit serta ingin menjadi diri sendiri.

Walau bagaimanapun, pengakuan tersebut telah menerima pelbagai kritikan dan kecaman teruk daripada netizen yang menganggap sifat malu pada dirinya semakin hilang akibat terlalu mengejar populariti.

.

.

Namun, tinjauan kami mendapati bahawa Instagram miliknya yang mempunyai ratusan ribu pengikut itu telah ‘hilang’ dan rata-rata membuat spekulasi dan mempersoalkan bahawa akaun rasmi tersebut mungkin telah dinyahaktifkan atau dipadam oleh pihak Instagram.

.

.

.

.

.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password