“Dah ‘dislike’ ke belum lagi?” – Netizen berjemaah dislike video Dato’ Aliff di Youtube, kini cecah 64k..dislike

"Dah 'dislike' ke belum lagi?" – Netizen berjemaah dislike video Dato' Aliff di Youtube, kini cecah 64k..dislike

 

Apa salah saya? Begitulah luahan jutawan kosmetik yang paling kaya di Malaysia, Dato’ Seri Aliff Syukri setelah klip video pertamanya di-dislike oleh pengguna Youtube.

Klip video yang berjudul Abang Nak Tegur yang turut menampilkan jutawan kosmetik cantik, Nur Sajat itu merupakan hasil kerja Edry dari KRU Music.

Setakat ini, jumlah dislike terkumpul sudah pun mencecah 64,000 dan ini merupakan suatu pencapaian yang boleh dikatakan agak hebat, terutamanya untuk ‘selebriti’ seperti Dato’ Aliff.

Dato’ Aliff yang terkenal dengan trademark beliau memakai dua jam tangan pada tangan yang sama telah dikecam teruk oleh netizen setelah beliau berkongsi teaser video itu serta dengan rakaman di sebalik tabir pada minggu lepas.

Walau bagaimana pun, isteri kepada Datuk Aliff, Shahida Mohd Rashid dilihat telah berkongsi pandangan peribadinya mengenai lagu suaminya dan Sajat itu di Instagram. Katanya, pada awalnya dia memang tidak berapa suka mendengar lagu itu kerana turut merasa tempias kecaman yang dilontarkan kepada suaminya.

Mula2 x berapa gemar tgk @aliffsyukriterlajaklaris dan @nursajat02 menyanyi…bukan apa x suka la bila kena kecam…stress tau walaupun bukan saya……tapi bila difikirkan blk bukan buat benda yg salah pun menyanyi je kan….

Tapi mmg best dengar byk kali pun best….dorang menyanyi bukan nak jadi penyanyi vokal terbaik pun….??hiburan semata2….so x yah lah kondem lebih2….rezeki mereka..yg x suka x yah tengok…yg suka je pg tgk ok…kadang orang malaysia ni pelik2 …yg x suka tu lah yg pg ditengok dan didengar…tapi mmg bila dgr byk kali pun x bosan…. bg saya @aliffsyukriterlajaklaris nyanyi biasa2 je tapi @nursajat02 mmg penyeri???tau…..senyum sendiri bila dengar….lagi ni ada pengajaran juga kepada mereka yg dah kahwin dan sedang bercinta….so korang yg suka wajib dgr ok?

Meskipun mendapat jumlah dislike yang tinggi dalam tempoh yang singkat, klip video tersebut telah mendapat lebih 600,000 buah tontonan dengan 8 ribu likes.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password