“Dah bagi sewa murah, macam ni kau balas aku…” – Tuan rumah kongsi pengalaman dianiaya penyewa perempuan

"Dah bagi sewa murah, macam ni kau balas aku…" – Tuan rumah kongsi pengalaman dianiaya penyewa perempuan

 

Persengketaan di antara penyewa dengan tuan rumah bukanlah perkara yang baru. Sebelum-sebelum ini, pelbagai kisah yang kita dengar mengenai perkara ini.

Terbaru, seorang wanita telah berkongsi pengalaman hitam beliau setelah rumah sewanya itu dirosakkan oleh penyewa yang tidak bertanggungjawab.

Rumah apartment yang terletak di Vista Angkasa di Kuala Lumpur ini didiami oleh penyewa perempuan dan disewakan dengan kadar yang lebih murah berbanding dengan harga pasaran atas niat mahu membantu penyewa itu.

Berdasarkan kepada gambar-gambar yang dimuatnaik oleh Aida Sue di laman Twitter beliau, lantai pada bahagian dapur rumah dilihat paling teruk sekali mengalami kerosakan.

.

Tidak cukup dengan itu, Aida juga turut mendapati selain daripada kerosakan di dapur, bilik air juga turut menjadi mangsa ‘kerasukan’ penyewa daripada nerakanya.

.

Perkongsian Aida itu telah mendapat perhatian netizen. Rata-rata mereka berasa hairan melihat tahap kerosakan terutamanya pada bahagian lantai dapur.

.

Rakan-rakan Aida yang terkejut melihat keadaan rumah sewanya itu berpusu-pusu memberikan kata-kata semangat supaya beliau menghadapi ujian itu dengan tenang.

.

Menurut Aida, beliau mengenakan kadar sewa yang lebih murah berbanding dengan kadar semasa kepada penyewanya  dengan niat mahu membantu meringankan beban kewangan penyewanya itu.

Memandangkan terlampau banyak sangat kerosakan yang perlu diperbaiki, Aida merancang untuk menaikkan kadar sewanya pada masa akan datang.

..
...

Sumber : Aida Sue

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password