CUBAAN CEROBOH IQRAM

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: CUBAAN CEROBOH IQRAM

 

“Baru dapat tahu masa #AJL32 hari tu, Che Iqram (Iqram Dinzly) nak naik pentas masa aku buat persembahan. Syabas kepada petugas Media Prima Berhad sebab lindungi dia daripada ‘kecederaan’.

“Ini hip hop, ‘bro’. Kalau tak diundang naik pentas (tetapi) kau naik juga, siku, kaki, buku lima semua kau boleh jamah ‘der’. Adat kami lain sikit,” kata penyanyi rap, Altimet yang meluahkan rasa kecewa menerusi laman Twitternya baru-baru ini.

Altimet memuji kecekapan petugas Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32), yang dapat menghalang artis kontroversi, Iqram Dinzly, daripada naik ke pentas ketika gilirannya mengadakan persembahan.

Katanya, beliau baru dimaklumkan mengenai insiden terbabit dan secara sinis mengatakan, tindakan pantas pihak berkenaan mampu mengelakkan pelakon itu mendapat kecederaan.

Perkongsian penerima trofi Persembahan Terbaik menerusi lagu ‘Amboi’ itu meraih lebih 600 ‘like’ selain 1,100 ‘retweet’.

Walaupun perkara tersebut tidak berlaku ketika persembahan Altimet, Iqram tetap menaiki pentas utama saat pemenang tempat pertama AJL 32 iaitu Hael Husaini yang menyanyikan semula lagu ‘Jampi’ sebelum anugerah tersebut berakhir.

Pada perkongsian sama, Altimet turut mendedahkan beliau meninggalkan pentas utama ketika itu kerana enggan mengeruhkan keadaan selepas Iqram naik ke pentas meraikan kemenangan Hael.

Pada pertandingan terbabit, ‘Jampi’ yang dicipta oleh Hael dan Ezra Kong diumumkan sebagai juara, manakala karya ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan, ‘Sejati’, yang dipersembahkan oleh Azmi Saat memenangi tempat kedua.

Lagu ciptaan Ibnu dan Gouffran yang dinyanyikan oleh Haqiem Rusli, ‘Tergantung Sepi’, pula di tempat ketiga.

Syamel dan Ernie Zakri membawa pulang trofi Vokal Terbaik yang diraih menerusi persembahan mantap mereka ketika menyampaikan lagu ‘Aku Cinta’.

Rasanya umum mengetahui Iqram Dinzly sudah lama tidak hadirkan diri ke mana-mana acara hiburan dan sering dihimpit dengan kontroversi kerana aksi anehnya sehingga ada yang menganggap beliau “kurang siuman”.

Seperti ingin mencari publisiti, Iqram sekali lagi dikecam netizen serta rakan artis apabila sekali lagi berkelakuan pelik ketika menghadiri acara AJL 32 Ahad lalu.

.

.

.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password