Cuba Elak Tayar Yang Jatuh Dari Lori, Juara Super Spontan Superstar Terlibat Kemalangan

Pelakon yang juga juara Super Spontan Supertar, Kamal Adli, 31, menghadapi detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan membabitkan kereta yang dipandu pembantunya minggu lalu.

Dalam kemalangan tersebut, kereta yang dinaiki oleh Kamal hampir terbabas setelah mengelak tayar yang terjatuh daripada sebuah lori dalam kejadian di laluan Nilai-Seremban di Lebuh Raya Utara Selatan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai menjalani penggambaran kira-kira jam 5 pagi.

“Saya dan pembantu dalam perjalanan pulang ke rumah. Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba tayar daripada lori jatuh ke atas jalan dan pembantu yang memandu kereta, cuba mengelak.


“Alhamdulillah, syukur saya tidak cedera cuma terkena ‘airbag’ yang terbuka secara automatik dalam kejadian itu.


“Saya fikir, kadang kala kecuaian begini boleh membuatkan kereta terbabas jika kita panik,” katanya lagi.

Kamal dalam pada itu enggan melayan tanggapan negatif segelintir pihak berhubung kemenangannya dalam Super Spontan Superstar ketika diminta mengulas perkara tersebut.

“Saya sertai program itu bagi mencabar diri untuk keluar daripada zon selesa. Kemenangan itu bonus buat kerjaya saya.


“Soal layak atau tidak, saya enggan komen, terpulang kepada mereka di luar sana untuk menilai. Lagipun, mulut orang kita tidak dapat hendak tutup,” katanya.

Dalam pertandingan realiti lawak itu, Kamal berjaya mengatasi cabaran pelawak-pelawak terkenal tanah air antaranya Fad Bocey, Achey, Mamak Puteh, Syuk Balas dan Shahrul Shiro di pentas akhir sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100 ribu.

Sumber : BH Online



Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password