CINTAI HAFREEZ ADAM – Zara-Zya

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: CINTAI HAFREEZ ADAM
Pelakon Zara-Zya dikatakan berpura-pura mempunyai hubungan cinta dengan Hafreez Adam bagi menutup gosip kononnya dia mempunyai hubungan intim dengan pengurus sendiri yang merupakan seorang wanita.

Bagaimanapun, pelakon drama bersiri ‘Monalisa’ itu tampil menafikan dakwaan tersebut dengan berkata hubungan akrab dia dengan pengurus tersebut atas dasar kerja semata-mata.

“Segelintir kita ni kalau nampak orang tu berdua, tak kisah jantina apa tetap akan cakap mesti ada sesuatu antara mereka.

“Nak-nak zaman sekarang ini golongan pasangan sejenis lebih terbuka. Jadi, mereka yang melihat suka membuat spekulasi sendiri.

“Saya berani jawab, saya memang berkawan dengan pengurus saya sebab kami pun bekerja bersama dan takde istilah kami ada hubungan,” katanya.

Sebelum ini, ada gosip mengatakan Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 33, menjalinkan hubungan terlarang.

Tambah Zara lagi, kemungkinan gosip itu timbul disebabkan sebelum ini dia tidak mempunyai kekasih.

Menurutnya, ada lelaki yang ingin mengenalinya namun disebabkan kesibukan kerja dia tidak mempunyai masa untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

“Mungkin sebelum ini orang kata saya bercinta dengan pengurus sendiri sebab saya tak ada kekasih.

“Saya seorang yang suka bekerja sampai tak ada had masa. Kalau cuti pun hanya sebab demam. Bulan Ramadan ni pun saya tak ada cuti, tak sempat berbuka dengan keluarga.

“Macam mana nak ada hubungan cinta. Sebelum ini ada saja orang nak kenal tapi tak lama. Sama ada saya atau dia sibuk dan kemudian mendiamkan diri,” ujarnya.

Zara kini lebih terbuka berkongsi mengenai hubungan cintanya dengan Hafreez yang sudah terjalin sejak tahun lalu.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password