Cinta Adi Putra, Zuhaidah bertaut semula

 

Kasih antara Datuk Adi Putra dan Zuhaidah Yusof bertaut kembali apabila pasangan itu bersatu semula sebagai pasangan suami isteri selepas berpisah selama beberapa bulan.

Adi dan Zuhaidah melangsungkan pernikahan kali kedua pada Khamis dan gambar detik berkenaan dimuat naik di akaun Instagram masing-masing.

“Kesinambungan selama 12 tahun. Syukur pada Allah dan terima kasih pada yang hadir dan juga mendoakan buat saya dan @aidayusof15.

“Semoga Allah permudahkan urusan kita bersama sebagai ummah. Ameen,” kata Adi.

Gambar pernikahan itu turu dikongsi anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Melalui imej yang dipaparkan di Instagram itu Adi kelihatan berpakaian serba putih menyarungkan cincin ke jari isterinya itu.

Pelakon KL Gangster dan Hanyut itu berkahwin kali pertama dengan Zuhaidah pada 14 April 2006.

Nama Adi dikaitkan dengan kontroversi apabila didapati bernikah dengan isteri kedua Norshahida Dzolkifly, secara rahsia pada 20 Jun 2016.

Bagaimanapun, konflik demi konflik yang tidak dapat dielak mulai timbul dan berpanjangan hingga akhirnya Adi mengambil keputusan untuk menceraikan kedua-dua isterinya.

Adi mendedahkan perkara itu melalui Intagram milikinya pada 23 Mac tahun lalu.

Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password