“CINCIN ITU SEKADAR HADIAH – Nelydia Senrose”

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: "CINCIN ITU SEKADAR HADIAH"

Foto cincin di jari manis yang dimuatnaik oleh pelakon Nelydia Senrose baru-baru ini menerusi laman Twitter telah menjadi bualan hangat, sekaligus mencetuskan andaian dirinya sudah dilamar jejaka yang dikenalinya tidak sampai setahun.

Enggan disalah ertikan, Nelydia telah tampil menafikan bahawa dirinya sudah dirisik atau bertunang dengan jejaka yang berasal dari pantai timur itu.

Pelakon berusia 23 tahun ini mengakui cincin tersebut adalah pemberian daripada kekasihnya yang dikenali sebagai Hafiz.

“Saya akui cincin yang dimuatnaik baru-baru ini adalah pemberian istimewa daripada Hafiz. Namun pemberian cincin itu bukan bererti saya sudah bertunang ataupun telah dirisik oleh keluarganya.

“Cincin itu sekadar hadiah kepada diri saya yang diberikan oleh Hafiz. Hubungan kami masih diperingkat awal serta dalam fasa berkenalan dan saya berharap agar akan ada pengakhiran yang baik untuk hubungan ini.

“Saya harap agar semua doakan yang baik-baik untuk hubungan ini kerana saya bukan seorang yang main-main dalam sebuah hubungan,” katanya.

Ditanya mengenai statusnya, adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu menegaskan yang dirinya masih solo.

“Saya bukan tunangan sesiapa. Selagi belum berkahwin, saya masih hak milik ibu bapa,” jelasnya ketika ditemui pada pertunjukan fesyen koleksi raya Impian By Nelydia untuk Starvilion Lebaran 2018.

Mengenai status Hafiz yang dikatakan jutawan, Nelydia tidak mempunyai jawapan pasti. Pelakon Setia Hujung Nyawa itu bagaimanapun, mengakui dia sudah bersedia meninggalkan zaman gadisnya.

“Secara peribadi, saya sudah bersedia melangkah ke gerbang perkahwinan. Seperti orang lain, saya juga mendoakan pengakhiran yang baik sekiranya menjalin hubungan cinta,” tuturnya.

.

.

.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password