Chef Ini Ajar Cara Nak Buat Stok Udang, Penambah Rasa Sedapkan Lagi Masakan – MEDIA OHSEM

Chef Ini Ajar Cara Nak Buat Stok Udang, Penambah Rasa Sedapkan Lagi Masakan – MEDIA OHSEM

Selain ‘air tangan’ antara rahsia resipi masakan yang sedap adalah penambahan stok tertentu seperti stok rebusan ayam, udang, daging dan sebagainya.Masakan akan jadi bertambah sedap dan enak dengan adanya penambahan stok rebusan ini.

Oleh itu, kulit dan kepala udang yang telah dibersihkan jangan sesekali dibuang kerana ada kegunaannya yang tersendiri.Chef Sue M Arukin,berkongsi cara untuk menghasilkan sendiri stok udang yang mudah untuk dibuat ini. Bahkan terjamin lebih selamat tanpa bahan pengawet mahupun perasa tambahan.

Bahan-Bahan

Kulit udang

Air secukupnya

Cara-Caranya

1.Bila siang/bersihkan udang, jangan dibuang kulit & kepalanya dulu.

2.Basuh bersih kemudian rebus dengan air yang penuh seperiuk hingga air rebusan tinggal separuh.

3.Boleh juga dikisar kulit & kepala udang rebus tu jika suka.

4.Tapis, sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan.

5.Simpan dalam bekas kecil-kecil (untuk sekali guna). Boleh disimpan beberapa bulan lamanya.

Info Ekstra!

Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan seperti kuah Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi.

Untuk bersihkan udang pula, buang kulit dan kelar bahagian atas yang mengandungi bahan toksid (macam jalur hitam/hijau), buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.

Selamat Mencuba!

Sumber: Chef Sue M Arukin



Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password