Charlie Sheen nafi rogol budak lelaki

Pelakon Hollywood Charlie Sheen menafikan dakwaan merogol aktor Corey Haim sewaktu mendiang berusia 13 tahun.

Pada ketika itu Sheen berusia 19 tahun.

“Charlie Sheen menafikan secara tegas kesemua dakwaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelakon yang banyak memenangi Anugerah Golden Globe menerusi drama bersiri Two And A Half Men itu pernah bekerja dengan Haim dalam sebuah produksi untuk filem Lucas pada 1986.

Memetik The Hollywood Reporter, rakan Haim – yang juga pelakon – Dominick Brascia mendakwa Sheen menyerang aktor itu secara seksual sewaktu menjalani penggambaran filem berkenaan.

Dalam memoir Haim yang diterbitkan pada 2013, seorang lagi rakannya, Corey Feldman, turut menceritakan kejadian yang berlaku sewaktu penggambaran Lucas.

“Datang seorang lelaki dewasa meyakinkan (Haim) bahawa adalah normal bagi seorang lelaki dewasa dan budak lelaki dalam industri untuk mempunyai hubungan seksual, ia adalah perkara biasa,” katanya.

Berikutan penerbitan buku berkenaan, Brascia turut didakwa melakukan penderaan seksual ke atas Haim.

Bagaimanapun, Brascia menafikan dakwaan berkenaan.

Haim meninggal dunia akibat pneumonia pada Mac 2010 ketika berusia 38 tahun, manakala Sheen yang mempunyai masalah penyalahgunaan dadah serta ketagihan melanggan pelacur pernah tampil membuat pengakuan sebagai pengidap HIV pada 2015.

Sementara itu, polis Los Angeles mengesahkan bahawa kertas siasatan kini dibuka bagi meneliti tuduhan Feldman.



Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password