Cendana peroleh hampir RM20 juta

BAJET 2018 I Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hampir RM20 juta disalurkan kepada penubuhan Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (Cendana) dalam Bajet 2018 yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Menurut beliau, kerajaan melihat peranan penggiat seni untuk mengangkat mutu dan menerajui pembangunan seni budaya ke tahap yang lebih tinggi.

Jumlah itu adalah sebahagian daripada dana khas RM250 juta untuk pendidikan generasi Transformasi Nasional 2050.

Penubuhan Cendana diumumkan Najib awal September lalu sebagai agensi peneraju pembangunan seni budaya di negara ini.

Najib ketika itu berkata, golongan seni telah menyuarakan kepada beliau mengenai keadaan industri yang memerlukan suntikan baru bagi mendorong perkembangannya.

Sehubungan itu, penubuhan Cendana yang dipimpin penggiat seni diyakini dapat mengetengahkan isi hati golo­ngan itu sekali gus membawa impak besar kepada industri seni dan budaya Malaysia.

Selain itu kerajaan memperuntukkan RM190 juta daripada dana khas berkenaan bagi menaiktaraf 2,000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad Ke-21, bagi meningkatkan pembelajaran berasaskan pemikiran kreatif dan inovatif.



Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password