“Celup Ubat Lain Guna Picagari Yang Sama Tanpa Dibasuh Boleh Sebabkan Kontaminasi” – Pegawai Farmasi Kongsi Caranya

 

Ramai yang menjadi tanda berapa lama ubat-ubatan boleh disimpan di rumah? Adakah ubat yang sudah dibuka boleh terus diguna sehingga tamat tarikh luput? Selain itu juga, sebelum ini posting seorang ibu mengenai cara memberi ubat yang betul kepada anak juga menjadi persoalan ibu bapa.

Sudah pasti ibu bapa ataupun orang dewasa seperti kita runsing tentang keberkesanan ubat tersebut apabila tidak sihat. Untuk memastikan ubat-ubatan dapat memberikan kesan yang efektif dan optimum, ia perlulah dimakan mengikut aturan dan dos yang telah ditetapkan.

Namun begitu, adalah kita mengikuti cara yang betul? Berikutan itu, Fahmi Hassan, seorang pegawai farmasi telah berkongsi sedikit penerangan mengenai cara betul beri ubat kepada anak serta berapa lama ubat tersebut boleh disimpan.

Ramai kawan kawan tag saya di post Puan Tengku Wdec bertajuk ”Cara Betul Bagi Ubat Kat Anak”. Saya jawab di sini supaya semua boleh baca.

Bagi saya tiada masalah untuk beri anak ubat ikut cara yang beliau tulis. Ia lebih menjamin kebersihan ubat. Cuma alasan yang diberi tidak begitu tepat serta ada beberapa isu penting yang perlu diberi perhatian.

1. Tiada masalah untuk mencelup dan menarik keluar ubat terus dari botol menggunakan picagari yang BERSIH.

2. Sekiranya ada beberapa jenis ubat, bilas dan keringkan picagari sebelum digunakan untuk ubat yang lain.

3. Gunakan picagari yang sama tanpa dibasuh boleh sebabkan kontaminasi. Selain itu, mungkin berlaku tindakbalas di antara ubat.

Kontaminasi = pencemaran

4. Tidak perlu tuang dulu di dalam ‘cup’ plastik sebelum disedut menggunakan picagari terutamanya ubat antibiotik. Ini kerana biasanya ubat antibiotik diberi mengikut kiraan dos cukup untuk 5 hari hingga seminggu. Jika dituang di dalam ‘cup’ plastik sebelum disedut dan bakinya dibuang, dos tak akan cukup sehingga tamat rawtan.

5. Tarikh luput ubat berbeza untuk setiap ubat. Tidak semua ubat boleh disimpan didalam peti sejuk. Ini mungkin boleh merosakkan ubat.

6. Menyimpan ubat di dalam peti sejuk tidak memanjangkan tarikh luput. Untuk bacaan mengenai berapa lama boleh simpan ubat, baca di blog saya: Berapa Lama Boleh Simpan Ubat

7. Rujuk gambar kedua yang saya sertakan. Ia perlu dibaca bersama penulisan di blog saya.

8. Untuk bacaan lanjut mengenai cara beri ubat kepada kanak-kanak, boleh baca di: Cara Beri Ubat Kepada Kanak-Kanak

9. Dapatkan nasihat dari ahli farmasi sekiranya anda ada kekeliruan atau pertanyaan berkaitan ubat-ubatan.

BACA: “Celup Picagari Sama Buat Khasiat Ubat Hilang?” Perkongsian Ibu Ini Cara Beri Ubat Kepada Anak Selepas Mendapat Nasihat Dari Doktor

Fahmi Hassan
Pegawai Farmasi

Sumber – Fahmi Hassan

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password