“CALLMAN” RAJA JALANRAYA – PPIM – 28/11/17

 

Kebanyakan pengguna jalanraya yang pernah terlibat dalam kemalangan jalanraya pasti pernah didatangi oleh segelintir individu mahupun berkumpulan yang lebih dikenali sebagai “Callman/Longkai/Claim Advisor” yang bersikap agak keterlaluan dengan memberi penjelasan yang kurang jelas serta meletakkan syarat-syarat tanpa dikawal oleh mana-mana agensi kerajaan serta persatuan atau badan khusus dibawah sebarang akta dan peraturan.

WhatsApp Image 2017-11-28 at 12.28.08 (1)

Ramai diantara kita menjadi mangsa pengguna jalanraya yang pernah terlibat dalam kemalangan jalanraya pasti pernah didatangi oleh pengendali trak tunda atau “Callman” walaupun mangsa tidak menghubungi individu “Callman” tersebut, mereka akan bersikap keterlaluan dan memaksa mangsa untuk mengaut keuntungan bagi satu-satu tuntutan kemalangan tersebut. Pemandu dan pemilik akan dipaksa untuk menandatangani surat kuasa kepada mereka bagi menunda kenderaan sehingga ke balai polis seterusnya ke bengkel.

WhatsApp Image 2017-11-28 at 12.28.08 (2)

Terdapat kes-kes apabila pemandu atau mangsa kemalangan yang berubah fikiran untuk tidak meneruskan niat bagi berurusan dengan bengkel tersebut dan berubah fikiran untuk menghantar kenderaan mereka ke bengkel lain, mangsa dipaksa membuat bayaran yang tidak munasabah daripada “Callman/Longkai/Claim Advisor” sehingga jumlah ribuan ringgit.

WhatsApp Image 2017-11-28 at 12.28.08 (3)

Lebih mengejutkan apabila Persatuan Pengguna Jalanraya Kebangsaan (PPJK) pernah menerima beberapa aduan yang melibatkan perebutan diantara “Callman” untuk menunda kenderaan yang terbabit kemalangan dengan mendakwa bahawa mereka sampai awal dan hak kenderaan kemalangan itu adalah milik mereka serta mangsa tidak boleh berurusan dengan lain-lain bengkel. Ada diantara mereka bertindak seperti “Samseng” dan memaksa mangsa.

WhatsApp Image 2017-11-28 at 12.28.08 (5)

Malahan, ada juga kes yang melibatkan pergaduhan diantara pesaing “Callman” itu sendiri. Mereka bertindak agresif serta menganggap pesaing yang tiba dilokasi kemalangan yang sama pada waktu yang sama telah menceroboh kawasan jajahan “Callman” terawal yang tiba dilokasi terbabit.

Malahan, kami juga pernah menerima aduan bahawa “Callman” itu sendiri membuat perangkap kemalangan di lokasi-lokasi yang menjadi sasaran utama mereka setelah melakukan pemantauan dan “Callman” akan tiba dalam kadar segera sekiranya mangsa termasuk jerat yang dipasang mereka.

Tambahan lagi, tidak terkecuali sikap “Callman” yang ‘pilih bulu’ dalam menawarkan khidmat trak tunda. Hal ini kerana, kami turut meneriman aduan yang melibatkan “Callman” membiarkan sahaja ‘kereta murah’ dan kereta yang tidak memperbaharui cukai jalan. Mereka akan berebut dan mengutamakan kereta mewah terlebih dahulu kerana nilai insurans yang masih tinggi dan menguntungkan mereka.

Hal ini menimbulkan kerisauan pengguna jalan raya kerana isu “Callman” bergerak bebas tanpa dipantau oleh mana-mana pihak berkuasa dengan mengamalkan peraturan yang ditetapkan sendiri oleh pemegang walkie talkie ‘puak’ mereka membahayakan nyawa pengguna jalanraya. Keselamatan dan nyawa mangsa kemalangan jalanraya merupakan aspek utama yang perlu diberi perhatian sekiranya berlakunya sesuatu kemalangan. Tambahan lagi, kebanyakan “Callman” yang tidak diiktiraf tumbuh bagai cendawan lepas hujan dengan modus operandi yang keterlaluan dengan cara mengaut keuntungan secara paksaan terhadap mangsa-mangsanya.

Sebarang pertanyaan, hubungi Pengerusi Persatuan Pengguna Jalanraya Kebangsaan (PPJK), Mohammad Hisham Shafie di talian 016-6280777.  Terima Kasih.  [TAMAT]

WhatsApp Image 2017-11-28 at 12.28.08 (6)

“CALLMAN” RAJA JALANRAYA – PPIM – 28/11/17 was last modified: November 28th, 2017 by Hafizi

Sumber : PPIM

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password