Bung Moktar timbulkan lagi kisah ‘raba-raba’

Belum pun kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin mengenai “wanita tidak cantik, telanjang pun, siapa tak mahu” yang mencetuskan kemarahan di media sosial reda, hari ini beliau menimbulkan cerita tentang “benda sulitnya yang diraba.”

Mengulangi masalah yang pernah dibangkitkannya di Dewan Rakyat sebelum ini, pemimpin Umno itu berkata beliau kecewa dengan sistem pemeriksaan keselamatan yang dilakukan di lapangan terbang Malaysia.

“Saya betul-betul sakit hatilah kena raba ini, dia kadang-kadang benda sulit kita dia raba.

“Saya kata (kepada kakitangan keselamatan) jangan raba, jangan terlampau keras,” katanya sambil menggesa kerajaan menghentikan tindakan itu.

Bung berkata bahawa proses “meraba-raba” itu dilakukan kerana penggera berbunyi ketika penumpang melewati alat pemeriksaan, yang didakwanya terlalu sensitif.

“Zip seluar, lalu pun dia bunyi, sedangkan yang kita cari benda-benda yang tajam, benda-benda yang tidak diingini. Tetapi semua asalkan ada besi dia bunyi, lepas bunyi raba-rabalah.

“Di Eropah, Singapura, dia punya mesin, tidak sensitif…, tapi tempat kita ini, dia kata kita punya mesin ini paling murah dalam dunia, sedangkan lapangan terbang (berharga) berbillion-bilion (ringgit),” katanya.

[Baca berita penuh]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password