Bukan mudah Hans Isaac nak batalkan niat berkahwin

Niat Datuk Hans Isaac untuk menamatkan zaman bujang tidak kesampaian selepas menangguhkan tarikh perkahwinannya sejak tiga bulan lalu.

Aktor itu berkata keputusan berkenaan terpaksa dibuat selepas berfikir panjang biarpun pada masa sama dia berat hati untuk membatalkan majlis yang sepatutnya menjadi hari bahagia bersama Gabrielle Robinson.

“Dengan penuh dukacita saya mengumumkan rancangan untuk berkahwin, dibuat selepas mengikat tali pertunangan pada 29 Januari tahun ini dibatalkan.

“Keputusan ini bukan mudah, ia dibuat selepas saya memikirkan hal itu semasak-masaknya hingga mendorong membatalkan keputusan untuk berkahwin,” katanya menerusi sebuah kenyataan di media sosial.

Hans dan Gabriella yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 29 Julai lalu membuat pengumuman untuk menunda tarikh berkenaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang tarikh baru diumumkan Hans mahupun Gabriella selepas itu.

Mereka bertunang pada 29 Januari lalu selepas Hans melamar Gabriella di sebuah gereja di Singapura.

Hubungan Hans dan Gabriella yang juga seorang model itu mula dihidu berada dalam krisis hingga menimbulkan pelbagai tanda tanya sejak akhir-akhir ini.

Terdahulu, sehari selepas pelakon yang juga usahawan itu menguarkan-uarkan tarikh majlis perkahwinan, seorang lelaki dipercayai bekas kekasih Gabriella tampil membuat pengakuan tidak enak berhubung wanita berkenaan.

Robin mendakwa dia ditipu Gabriella selama lebih setahun menjalin hubungan.

Kontroversi itu berakhir selepas Hans dan Robin mengambil pendekatan sewajarnya.

Menerusi kenyataan sama, Hans turut mengambil kesempatan memohon maaf buat teman rapat dan keluarga yang banyak memberikan sokongan.

“Saya meminta maaf kepada semua rakan dan keluarga yang menyokong tanpa henti sejak beberapa bulan lalu dan mendoakan yang terbaik.

“Terima kasih sekali lagi kerana memahami,” katanya.



Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password