Bukan isteri sempurna, Umie Aida izinkan suami kahwin dua

Bukan isteri sempurna, Umie Aida izinkan suami kahwin dua

Poligami memang satu perkara yang amat sensitif dalam kalangan sesetengah golongan khususnya buat wanita. Mana tidaknya, baru si suami nyanyi petikan lagu Madu Tiga, terus rasa naik angin!

Tetapi lain pula bagi pelakon Datin Seri Umie Aida apabila dia memberi keizinan buat suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk berkahwin lain. Wow biar betul datin ni!

Keputusan tersebut dilakukan oleh pelakon filem Dukun itu sebaik sahaja bangun daripada tidur pada pagi tadi dengan berkongsi sebuah posting di laman Instagram miliknya.

“Pagi ni me (saya) bangun tidur, tiba-tiba me cakap dekat abang. Jangan buat perkara tak elok. Kalau nak terus kahwin. Me izinkan.

“Terkejut beruk abang. Dia cakap me merepek,” katanya,

Umie mengakui dirinya bukanlah seorang isteri yang sempurna serta tidak tahu mengapa dan sebab utama dia berkata sedemikian kepada suaminya.

“Me cakap me tahu me bukan isteri yang sempurna. Hmmm… Entahlah… kenapa dan mengapa me boleh cakap begitu.

“Tapi yes… Me izinkan dan me nak abang tahu itu. Mood gerhana bulan kot,” tambahnya.

Rata-rata peminat dan pengikutnya juga seakan-akan terkejut dengan tindakan itu namun masih mendoakan rumah tangga Umie dan suami kekal bahagia.

.

.

.

.

.

Sumber : Umie Aida

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password