Buaya Ni Dibunuh Pasukan SWAT. Bila Belah Perut Je Apa Yang Mereka Temui Amat MENGEJUTKAN – MEDIA OHSEM

Buaya Ni Dibunuh Pasukan SWAT. Bila Belah Perut Je Apa Yang Mereka Temui Amat MENGEJUTKAN – MEDIA OHSEM

 

Seekor buaya sepanjang 5 meter berjaya ditangkap dan dibunuh pasukan SWAT di Sarawak. Bila belah perut je mereka semua terkejut apabila meenemui “sesuatu” yang amat mengejutkan. Allahu.

DITANGKAP SELEPAS DIBERI UMPAN AYAM

SEEKOR buaya yang dipercayai membaham Bentayan Ilah, 31, dari Kampung Hulu Tambak, Pusa, dibunuh Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT), Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), petang semalam.

Jurucakap SFC berkata, buaya itu ditangkap menggunakan sistem penakaian (pengasingan) dengan memasang umpan ayam di sepanjang lima kilometer Sungai Rimbas berdekatan lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Menurutnya, buaya berukuran 4.8 meter panjang itu akhirnya terperangkap selepas memakan satu daripada 13 cangkuk umpan yang dipasang di sepanjang sungai berkenaan.


DITEMUI ANGGOTA BADAN MANUSIA DALAM PERUT BUAYA

“Sebaik dinaikkan ke darat, perut buaya itu dibedah di depan pegawai polis, keluarga mangsa serta penduduk kampung sebelum menemui beberapa bahagian anggota badan manusia di dalamnya.

“Anggota badan manusia yang ditemui dalam perut buaya itu diserahkan kepada polis untuk analisis deoxyribonucleic acid (DNA),” katanya pada kenyataan, hari ini.

Pada kejadian 24 September lalu itu, Bentayan bersama sepupunya berusia 31 tahun menangkap ikan di sungai berkenaan sebelum dia disambar buaya, 3.30 petang.

Mangsa menjerit meminta tolong sebelum dia hilang daripada pandangan.

Keesokannya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui cebisan usus di kawasan pencarian dipercayai milik mangsa manakala cebisan kaki, tangan kanan dan kepala mangsa ditemui pada 27 September.

Sumber : eraviral

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password