BUAT PEMINAT

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: BUAT PEMINAT

 

“Saya minta maaf, majlis resepsi yang bakal diadakan pada 25 Februari ini akan diadakan secara tertutup untuk kedua-dua belah pihak keluarga sahaja.

“Namun saya dan Fattah akan adakan sebuah lagi majlis resepsi khas buat peminat kami pada 11 Mac ini,” jelas pelakon dan penyanyi Nur Fazura yang mengesahkan sendiri beliau dan Fattah Amin akan adakan majlis resepsi khas buat peminat tercinta pada 11 Mac Ini.

Sedang sibuk menguruskan persiapan untuk dua buah majlis resepsi, Fazura bagaimanapun sempat meluahkan rasa teruja untuk naik pelamin bersama Fattah yang amat beliau cintai.

Semoga segala perancangan dan persiapan majlis tersebut berjalan dengan lancar. Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat pasangan romantis Fazura dan Fattah bersanding kan…

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password