“Buat ibu mertuaku, hubungan anak & ibu takkan putus!…” – Fazley Yaakob ucap Hari Ibu untuk siapa?

"Buat ibu mertuaku, hubungan anak & ibu takkan putus!…" – Fazley Yaakob ucap Hari Ibu untuk siapa?

Beberapa hari lalu, penyanyi dan cef selebriti Dato’ Fazley Yaakob telah berkongsi beberapa posting luahan hati mengenai anggota keluarga isterinya yang menyalahgunakan kuasa ketika memerintah negara ini.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial yang rata-rata terkejut dengan pendedahan tersebut kerana melibatkan golongan ternama.

.

Terbaru, penyanyi lagu Asmara Ini itu telah memuat naik status di laman Instagram miliknya berkongsi ucapan penghargaan buat para wanita yang dikenali sempena Hari Ibu yang disambut pada hari ini.

Happy Mothers day buat semua yang bergelar Ibu, Umi, Mama, Mommy, Emak! Selamat Hari Ibu buat 3 insan yang bergelar ibu ini: Ibu saya, Ibu kepada anak-anak saya dan Ibu mertua saya . Buat ibu tersayang- Terima kasih diatas segala pengorbanan ibu buat Paji dan adik2 serta Azrene dan cucu-cucu ibu selama ini. Ibu terlalu banyak bertahan demi Paji & Azrene dan 9 orang cucu2 kesayangan. Doa keramat seorang ibu sentiasa menjadi pendinding dan keberkatan untuk seorang anak. Paji sayang ibu sangat sangat SANGAT! Selamat Hari Ibu! @rsd.umi . Buat Isteri saya yang juga Ibu kepada 4 orang anak-anak saya- Adik sayang, terima kasih di atas 13 tahun hidup kita yang penuh keindahan walaupun ada kedukaan kita tersendiri. Adik seorang ibu yang serba lengkap buat anak-anak kita, seorang ibu yang terlalu penyayang. 10 kali keguguran bukan sesuatu yang mudah untuk di lalui, namun Adik telah bersabung nyawa untuk 4 orang anak-anak kita @payishpiyashpiyush dan @ellie_alaynaselma . Adik sayang, Abang loves you so very much. Happy Mothers Day! @azrene_ahmad . Buat Ibu mertuaku- Terima kasih juga kerana melahirkan Azrene yang kini menjadi ibu kepada anak-anak saya. Segala usaha yang dilakukan oleh mu untuk membesarkan Azrene tetap dihargai. Doa saya buatmu tak pernah putus sepanjang 13 tahun ini, agar hidupmu diberkati dan diberikan ketenangan. Walau apa pun yang telah berlaku, hubungan anak dan seorang ibu takkan pernah putus. Insyaallah moga kita bertemu jua di satu hari nanti! Happy Mothers Day!

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

“Happy Mothers day buat semua yang bergelar Ibu, Umi, Mama, Mommy, Emak! Selamat Hari Ibu buat 3 insan yang bergelar ibu ini: Ibu saya, Ibu kepada anak-anak saya dan Ibu mertua saya.

.

“Buat ibu tersayang- Terima kasih diatas segala pengorbanan ibu buat Paji dan adik2 serta Azrene dan cucu-cucu ibu selama ini. Ibu terlalu banyak bertahan demi Paji & Azrene dan 9 orang cucu2 kesayangan. Doa keramat seorang ibu sentiasa menjadi pendinding dan keberkatan untuk seorang anak. Paji sayang ibu sangat sangat SANGAT! Selamat Hari Ibu! @rsd.umi
.

“Buat Isteri saya yang juga Ibu kepada 4 orang anak-anak saya- Adik sayang, terima kasih di atas 13 tahun hidup kita yang penuh keindahan walaupun ada kedukaan kita tersendiri. Adik seorang ibu yang serba lengkap buat anak-anak kita, seorang ibu yang terlalu penyayang. 10 kali keguguran bukan sesuatu yang mudah untuk di lalui, namun Adik telah bersabung nyawa untuk 4 orang anak-anak kita @payishpiyashpiyushdan @ellie_alaynaselma . Adik sayang, Abang loves you so very much. Happy Mothers Day! @azrene_ahmad
.

.

“Buat Ibu mertuaku- Terima kasih juga kerana melahirkan Azrene yang kini menjadi ibu kepada anak-anak saya. Segala usaha yang dilakukan oleh mu untuk membesarkan Azrene tetap dihargai. Doa saya buatmu tak pernah putus sepanjang 13 tahun ini, agar hidupmu diberkati dan diberikan ketenangan. Walau apa pun yang telah berlaku, hubungan anak dan seorang ibu takkan pernah putus. Insyaallah moga kita bertemu jua di satu hari nanti! Happy Mothers Day!,” katanya.

Para pengikutnya juga telah memberikan pelbagai komen yang rata-rata mendoakan terbaik buat ahli keluarganya serta menasihati setiap perkara mempunyai hikmah tersendiri.

.

.

.

.

Sumber : Fazley Yaakob

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password