Bolehkah imuniti parlimen lindungi Husni?

Pemimpin Pakatan Harapan mahu speaker Dewan Rakyat menjelaskan sama ada anggota parlimen Tambun Datuk Seri Husni Hanadzlah mempunyai kekebalan ketika menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat anak buahnya.

Wakil-wakil rakyat HARAPAN akan membangkitkan perkara itu dalam pertemuan dengan Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi memudahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyiasat Husni bawah tuduhan qazaf (tuduhan zina tanpa saksi).

“Saya minta supaya kita adakan pertemuan dengan speaker sebab nak tengok apa yang dikatakan Husni itu mendapat perlindungan khas sebagai anggota parlimen.

“Tapi dalam isu qazaf ini seperti sedia maklum tidak kira siapa ungkapkan fitnah yang jatuh dalam kategori qazaf di mana jua sama ada di parlimen atau istana saya kira Husni tak terlepas dari undang-undang syariah.

“Parlimen harus perjelaskan tentang isu perlindungan begitu juga undang-undang qazaf yang akan diambil JAWI,” tegas anggota parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Awal November lalu, Husni yang juga bekas menteri kewangan kedua melalui ucapannya di Dewan Rakyat berkata beliau meninggalkan perjuangan Anwar selepas mendapati ketua umum PKR itu meliwat anak buahnya.

Berang dengan dakwaan itu, anggota-anggota parlimen HARAPAN membuat laporan JAWI terhadap Husni.



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password