Biar 17 Tahun Tak Dirawat, Wanita Akui Gemar Makanan Berminyak Jalani Pembedahan Buang 468 Batu Karang Daripada Hempedunya

Seorang wanita di China terkejut setelah doktor memaklumkan 468 biji batu karang telah dibuang daripada hempedunya dalam satu pembedahan.

Doktor yang melakukan pembedahan tersebut memeberitahu bahawa saiz hempedu wanita itu membesar sekali ganda akibat pembentukan batu karang di dalamnya, dengan sesetengah bersaiz 0.4 inci.

Wanita itu ketika ditanya mengakui amat menggemari makanan bergoreng dan berminyak, menyebabkan doktor membuat kesimpulan bahawa tabiat permakanannya mungkin menjadi salah satu punca kepda masalah tersebut.

Bagaimanapun, pakar gastroenterology di United Kingdom menyangkal dakwaan tersebut memandangkan tiada bukti kukuh yang dapat menyokong fakta bahawa makanan bergoreng mampu menjadi punca kepada pembentukkan batu karang.

Wanita itu yang hanya dikenali sebagai Chen pergi ke Hopital Jingdu di Wuhan untuk membuat pemeriksaan. Doktor yang membuat pemeriksaan ultrasound ke atasnya dan mendapati kehadiran batu karang di dalam hempedunya.

‘Ia membesar hampir sekali ganda. Hempedu normal biasanya bersaiz sebesar penumbuk,” kata Dr. Shen Zangyi, Ketua Bedah Bahagian Gastroenterology.

Chen turut memberitahu media bahawa dia sudah mengetahui bahawa terdapat batu karang dalam hempedunya sejak 17 tahun yang lalu, namun membiarkannya tanpa dirawat.

Sebaliknya, dia memilih untuk mengamalkan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki dan mendaki. Bagaimanpun katanya, dia amat menggemari makanan berminyak.

”Saya pasti akan menjamah setiap makanan berminyak yang dihidangkan di atas meja,” kata Chen.

Menurut Dr. Shen, pembentukkan batu karang boleh dikaitkan dengan tabiat permakanan yang tidak sihat dan seimbang.

Batu karang kecil, yang terbentuk daripada kolestrol, mula terhasil apabila jumlah kolestrol di dalam hempedu meningkat.

Ujarnya lagi, jika seseorang itu mengabaikan rawatan terhadap masalah batu karangnya, mereka boleh mengalami masalah jaundice dan kecelaruan fungsi pada hempedu, menyebabkan kulit berubah menjadi kuning dan bahagian putih mata menjadi kekuningan atau kehijauan.

Mengulas mengenai kes Chen, seorang jurucakap daripada Persatuan Gastroenterology British berpendapat tiada bukti kukuh yang dapat menyokong hujah mengenai tabiat permakanan berminyak menjadi punca kepada pembentukan batu karang memandangkan terdapat pelbagai sebab lain yang boleh menjadi punca.

Bagaimanapun katanya, kes itu mungkin berbeza di China dan beberapa bahagian Asia lain yang merekodkan kes batu karang lebih tinggi daripada United Kingdom.

Sumber : Dailymail

 

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password