“Betul ke apa aku tengok ni?..” Buat upacara jampi serapah, Najib & Rosmah dituduh guna bomoh?

"Betul ke apa aku tengok ni?.." Buat upacara jampi serapah, Najib & Rosmah dituduh guna bomoh?

Baru-baru ini, sekeping gambar yang kelihatan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mengadakan perjumpaan dengan bomoh menjadi tular di laman media sosial.

Gambar tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan ‘Twitter handle’ @Ibn_Hurairah semalam.

Gambar sekumpulan lelaki yang dipercayai ustaz itu kelihatan mereka seakan-akan sedang melakukan sebuah upacara dengan beberapa bahan jampi lain di ruangan bilik surau kemudiannya menjadi tular di laman media Facebook.

Ma shaa Allah !!!.. apa yg Najib, Rosmah buat tu ??!Nak buat apa tu dgn sebaldi mayang pinang dan beberapa bhn lain…

Posted by Suara Rakyat on Wednesday, July 4, 2018

.

Posting itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman media sosial yang rata-rata menyifatkan perbuatan tersebut adalah syirik kerana mempercayai kepada kuasa selain daripada kuasa Allah.

Perkara ini menguatkan lagi dakwaan apabila penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dan isterinya Azrene Ahmad pernah mendedahkan bahawa Rosmah telah menggunakan khidmat bomoh sebelum ini.

“Suka pakai bomoh dan percayakan perkara khurafat” – Fazley Yaakob membongkar lagi misteri mengenai isteri kepada seorang VVIP

Walau bagaimanapun, seorang pengguna Facebook iaitu Ahza Adhwa tampil menafikan dakwaan kononnya bekas Presiden UMNO dan isterinya telah melakukan perbuatan terkutuk itu.

Ini kerana setelah melakukan teknik perbandingan di sekeliling situasi berkenaan, gambar berkenaan dikatakan telah disunting oleh pihak tidak yang bertanggungjawab.

Saya merujuk kepada satu dakwaan gambar Najib Razak jumpa bomoh oleh page Suara Rakyat https://bit.ly/2KKtb6d. Senang…

Posted by Ahza Adhwa II on Wednesday, July 4, 2018

Sumber : Ibn Hurairah , Suara Rakyat , Ahza Adhwa

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password