“Betapa Patahnya Hati Saya Selepas Putus Tunang. Pintu Hati Saya Sudah Tertutup Buat Masa Ini Untuk Mencari Pengganti.” Datuk Hans Isacc..

“Betapa Patahnya Hati Saya Selepas Putus Tunang. Pintu Hati Saya Sudah Tertutup Buat Masa Ini Untuk Mencari Pengganti." Datuk Hans Isacc..

 

 

KUALA LUMPUR: Penerbit filem dan pelakon terkenal, Datuk Hans Isaac enggan memikirkan lagi soal mencari pengganti selepas putus tunang dengan bekas Ratu Cantik, Gabriella Robinson, Oktober lalu lapor Berita Harian.

Hans, 46, berkata tumpuannya kini hanya untuk kerjaya dan soal jodoh diketepikan buat seketika.


“Hanya keluarga dan kawan-kawan sahaja yang tahu betapa patahnya hati saya selepas putus tunang. Memang sukar menerima hakikat itu, tetapi saya kena teruskan juga kehidupan. Disebabkan itu, saya lebih suka pergi bercuti ke luar negara.

“Saya memang tidak mahu jumpa orang dan seboleh mungkin enggan berada di ibu negara. Pintu hati saya sudah tertutup buat masa ini untuk mencari pengganti,” katanya kepada BH Online.


Pelakon filem Buli dan J Revolusi itu juga dalam perancangan untuk ke London, United Kingdom,April tahun depan untuk mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang teater.

“Selama ini, saya asyik fikir pasal orang. Lakukan semua benda hanya untuk memuaskan hati orang lain dan bukannya kepuasan diri.

“Saya sudah penat menggembirakan hati orang lain gembira. Selepas ini, saya mahu ke London untuk mengikuti kursus jangka pendek teater di sana.


“Cita-cita saya untuk mementaskan teater tempatan di panggung berprestij, West End.

“Mungkin dengan mengikuti kursus ini saya mampu memberi anjakan paradigma kepada pementasan teater tempatan, sekali gus merealisasikan hajat saya itu,” kata yang akan meraikan sambutan Krismas bersama keluarga di ibu kota.

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password