Bertahun meringkuk di penjara, kali ini Anwar Ibrahim sambut raya dengan keluarga

Bertahun meringkuk di penjara, kali ini Anwar Ibrahim sambut raya dengan keluarga

Sambutan hari raya Aidilfitri kali ini pastinya berbeza buat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), berbanding tahun sebelum ini apabila dapat berkumpul kembali dengan ahli keluarganya yang tercinta.

.

.

Terbaru, pemimpin berusia 70 tahun itu telah memuat naik ucapan Syawal di laman Instagram miliknya khas buat penyokong kerajaan Pakatan Harapan yang diperjuangkan selama ini.

“Memaafkan mereka yang telah melakukan kezaliman adalah sifat seorang insan yang kuat. –

““Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah Al-Hujurat: 10)

“Melangkah ke era kerajaan Pakatan Harapan, kita harus besikap lebih positif untuk lebih tenang dan cekal dalam menghadapi hidup.

“Manusia adalah tidak sempurna dan saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan maafkan saya dan sekeluarga sekiranya telah menyinggung sesiapa selama ini dari segi zahir dan batin.

“Anwar Ibrahim. 14 Jun 2018,” ucapnya menerusi ruangan kapsyen di posting tersebut.

.

.

.

Sumber : Anwar Ibrahim

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password