Berlakon jadi juruterbang Airasia, aksi lelaki ini selepas kantoi semasa ditemubual memang kelakar!

Berlakon jadi juruterbang Airasia, aksi lelaki ini selepas kantoi semasa ditemubual memang kelakar!

 

Sejak beberapa hari yang lepas, sebuah video yang merakamkan aksi seorang lelaki yang memakai pakaian seragam seorang kapten penerbangan telah jadi tular di Facebook.

Di dalam video tersebut, lelaki yang mengaku dirinya itu bekerja dengan syarikat Airasia telah ditemubual oleh seorang lelaki lain tentang pengalaman beliau sebagai seorang juruterbang kanan di syarikat tambang murah itu.

Meskipun kelihatan tenang memberikan jawapan, namun boleh diperhatikan bahawa ‘kapten’ Airasia itu sebenarnya tidak memberikan sebarang jawapan yang jelas apabila ditanya tentang pengalamannya.

Lebih melucukan lagi setelah beliau juga gagal untuk memberikan jawapan dengan jelas apabila ditanya tentang jenis pesawat yang diterbang olehnya.

“Sekarang ini saya bawa pesawat AK, AK43,” jawab ‘kapten’ itu.

Tambah ‘kapten’ itu lagi, pesawat AK yang diterbangnya itu memiliki perbezaan pada bahagian enjin dimana ianya masih menggunakan kipas berbanding enjin jet.

Video yang telah dimuatnaik oleh sebuah page di Facebook itu kemudiannya telah mendapat perhatian netizen. Rata-rata mereka terhibur melihat bagaimana lelaki yang menemubual ‘kapten’ itu cuba menahan gelaknya beberapa kali di dalam video tersebut.

.

.

.

Menurut seorang netizen, lelaki ini mungkin telah terpengaruh dengan filem Hollywood berjudul Catch Me If You Can, bagaimana Frank Abagnale, Jr. berjaya menipu ribuan petugas lapangan terbang di seluruh Amerika Syarikat dengan menyamar sebagai seorang juruterbang kepada syarikat penerbangan Pan American.

Setakat ini, identiti lelaki ‘kapten’ ini masih belum dapat dikenalpasti dan perbuatan beliau itu masih menjadi tanda-tanya netizen di Malaysia.

main sembor je kau kannn !

Tak tau nak gelak atau kesian..Mcm mana budak ni leh dapat full uniform pilot ni?? Selamba pulak tu bawak g jalan, last2 kena interbiew..main sembor je kau kannn !

Posted by OH La La on Thursday, March 1, 2018

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password