“BERKORBAN BANYAK MANA, TETAP CARI LAIN”

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: "BERKORBAN BANYAK MANA, TETAP CARI LAIN"

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali sebelum ini pernah digosip ‘bercinta’ dengan Aedy Ashraf selepas pelantun lagu ‘Pematah Hati’ itu memuatnaik gambar mesranya bersama aktor kacak itu di laman Instagram miliknya.

Apabila ditanya mengenai status perhubungan mereka, Nabila memberitahu yang mereka mereka masih dalam fasa mengenali hati budi.

Namun pada Sabtu lalu, persoalan mengenai status hubungan mereka kini menjadi isu hangat apabila Aedy berkongsi gambar dirinya bersama seorang gadis misteri menerusi kemas kini Instagramnya.

Melihat pada tersebut, kelihatan seperti pelakon ‘Dendam Aurora’ ini dan wanita jelita itu begitu mesra sekali ketika di sebuah majlis hiburan.

Klik untuk gambar besar

Kira-kira 2 jam selepas gambar mesra itu dikongsi Aedy, pelakon drama ‘Hikayat Cinta Si Pematah Hati’ ini pula telah memuatnaik posting video di laman Instagram miliknya.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, Nabila meluahkan rasa kecewa sambil menangis apabila dipermainkan oleh seorang lelaki.

“Lelaki ni memang tak pernah cukup kan?, tak kisahlah kita berkorban banyak mana, dia tetap cari lain. Harap korang tak tanya lagi pasal ni. Korang mesti pernah kena macam ni juga kan?,” ujarnya.

Video itu telah mendapat lebih daripada 55,000 tontonan dan hampir 8,000 like termasuk Aedy sendiri. Eh?
Aedy ‘suka’? Bagaimanapun, Nabila telah menutup ruangan komen.

Dalam pada itu, Nabila juga dilihat sudah memadam gambar-gambar mesra dengan pelakon berkenaan serta tidak lagi mengikuti Instagram Aedy Ashraf.

Rata-rata netizen menganggap video berkenaan ditujukan kepada Aedy, malah gambar terbaharu yang dimuatnaik oleh aktor itu menerima komen peminat yang tidak berpuas hati dengan perkara itu.

Nampaknya, hubungan sebenar antara Nabila dan Aedy ini masih belum diketahui. Lagipun, setakat ini, Aedy masih belum menjelaskan apa-apa tentang perhubungannya bersama penyanyi berkenaan.

Jadi kita tak boleh cepat menilai dan buat tanggapan. Mungkin selepas ini, Aedy akan beri penjelasan?



Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password