“Beriya mak masak dari pagi, last2 kawan tak muncul diri…”

"Beriya mak masak dari pagi, last2 kawan tak muncul diri…"

Antara perkara yang menjadi amalan di sepanjang bulan Syawal adalah kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara dan rakan-rakan. Sebagai tuan rumah, ianya merupakan suatu tanggungjawab untuk memastikan segala persiapan untuk meraikan tetamu di rumah dilakukan sebaik mungkin.

“Beriya mak masak dari pagi, last2 kawan tak muncul diri…”

Ada yang mula memasak dari pagi dan ada yang sibuk mengemaskan rumah supaya nampak bersih dan selesa untuk tetamu mereka.  Tetapi apakah perasaan setelah tetamu yang dijangka akan datang tidak muncul tiba walaupun hidangan sudah siap tersedia dari awal pagi lagi?

Begitulah pengalaman pahit seorang gadis setelah beliau dan ibu beliau dipermainkan oleh rakan-rakan adiknya yang sepatutnya datang berkunjung ke rumah mereka semalam.

Menurut Fatana, ibu beliau telah menyediakan makanan seperti bihun, cendawan goreng dan lain-lain untuk dihidangkan kepada rakan-rakan adiknya itu. Tetapi malangnya, mereka tidak muncul diri tanpa sebarang berita meskipun sudah berjanji untuk datang beraya ke rumah mereka.

Tambah Fatana lagi, memandangkan tiada kelibat rakan-rakan adiknya yang muncul di rumah mereka. Lauk-pauk yang dimasak oleh ibunya itu akhirnya dimakan oleh mereka sekeluarga.

Geram dengan perbuatan rakan-rakan yang mempermainkan perasaan adiknya itu disamping menyusahkan ibunya menyediakan makanan, Fatana menasihatan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam memilih kawan.

Sumber : Fatanaaaa

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password