Bergambar bersama Mira Filzah, Fikry Ibrahim minta kebenaran dari Zizan Razak

Bergambar bersama Mira Filzah, Fikry Ibrahim minta kebenaran dari Zizan Razak

Bergelar seorang selebriti bukanlah perkara mudah seperti yang disangkakan oleh orang ramai. Hal ini kerana mereka mempunyai jadual yang padat dan kesibukan masa perlu bergegas ke lokasi untuk shooting. Berlakon dengan teman wanita sahabat baik sendiri adalah satu cabaran kepada para pelakon apatah lagi memegang watak hero dan heorin.

Begitulah yang dirasai oleh seorang pelakon lelaki menerusi drama Rahsia Hati Perempuan. Fikry bergandingan dengan Mira Filzah yang juga seorang teman wanita kepada kawan baikknya sendiri, Zizan Razak.

Fikry juga telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagramnya dengan meminta izin daripada Zizan Razak yang juga teman lelaki Mira.

Menerusi kapsyen beliau, Fikry telah meminta izin kepada pelawak terkenal itu, “Zizan, pinjam sat naa #rahsiahatiperempuan” 

Tidak hanya berdiam diri, Zizan telah memberi respon kepada gambar berkenaan.

“Kau jangan kasi dia (Mira) nagis je.. Kalau dia nagis, siap kau”

Rata-rata netizen terhibur dengan komen saling berbalas antara Fikry dan Zizan hanya kerana seorang wanita manis berhijab.

.

Sumber : Fikry Ibrahim

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password