“Berderau darah aku!..” – Syamsul Yusof ‘mengamuk’, menteri kata bahasa Arab bukan bahasa ilmu

"Berderau darah aku!.." – Syamsul Yusof 'mengamuk', menteri kata bahasa Arab bukan bahasa ilmu

Rasanya tidak perlu didedahkan lagi mengenai beberapa ahli menteri yang sebelum ini sering mengeluarkan kenyataan ‘bodoh’ dan ‘pelik’ serta ada yang tidak masuk akal sama sekali!

Kenyataan tersebut kemudian dijadikan sebagai bahan jenaka sehingga menghiburkan hati dalam orang ramai namun ada juga berasa kesal dengan sikap mereka yang tidak menggambarkan seorang ahli pemimpin.

Terbaru, pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof ada memuat naik sebuah posting di laman Instagram miliknya yang memetik kenyataan daripada bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.

“Haduh! Dia ni, kasar betul bunyi tu. Berderau darah aku dengar. Astaghfirullah.. #BahasaArabBahasaAlQuran,” katanya.

Menerusi artikel berkenaan, Zainuddin berkata bahasa Arab tidak digunakan dalam ilmu sains, tekonologi dan ekonomi yang mempunyai nilai untuk menyumbang kepada kemajuan serta pemodenan.

Dakwaan tersebut mencetuskan perasaan geram dan kecewa dalam kalangan netizen kerana menyifatkan ‘bahasa syurga’ itu tiada nilai dan tidak diiktiraf apatah lagi sebagai seorang Muslim.

.

.

.

.

Sumber : Syamsul Yusof

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password