“Berdekah sampai keluar air mata…” – Habis berpantang, peminat lucu lihat Jihan Muse dalam parodi filem Dukun

"Berdekah sampai keluar air mata…" – Habis berpantang, peminat lucu lihat Jihan Muse dalam parodi filem Dukun
Selepas beberapa bulan merehatkan diri bagi melahirkan cahaya mata pertama, pelawak dan pengacara Jihan Muse kembali aktif di dalam bidang industri hiburan.Terbaru, isteri kepada Ungku Hariz itu kembali menjayakan segmen Parodi dalam rancangan MeleTOP yang bersiaran setiap hari Selasa pada jam 9 malam.

Menerusi segmen tersebut, pengacara Gegar Vaganza itu telah membawa watak sebagai Diana Dahlan dalam parodi Dukun Rendang Ayam Crispy dengan berpenampilan kebaya merah kelihatan sama seperti watak yang dibawa oleh Datin Seri Umie Aida.

Namun kebetulan, Umie yang turut diundang sebagai tetamu jemputan berasa terhibur dengan gelagat dan aksi lucu yang dilakukan oleh Jihan.

Menerusi saluran akaun Youtube MeleTOP, rata-rata netizen meluahkan rasa rindu dan memuji kehebatan dia yang bersahaja dalam membawa watak tersebut dengan penuh kelucuan.

.

.

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password