Berakhirnya Rolling Stone Indonesia

 

Majalah terkenal Rolling Stone Indonesia membuat pengumuman mengejutkan apabila menghentikan penerbitannya, selepas 12 tahun menjadi santapan peminat muzik negara itu.

Penerbit PT a&e Media berkata, majalah itu akan dihentikan penerbitannya bermula 1 Januari 2018.

“Pada hari ini (semalam) PT a&e Media sebagai penerbit majalah dan laman Rolling Stone Indonesia mengumumkan yang kami tidak lagi memegang lesen majalah dan laman sesawang Rolling Stone Indonesia.

“Sebarang pemilikan jenama di bawah nama Rolling Stone Indonesia atau berkaitan dengannya sudah dikembalikan kepada pemilik jenama Rolling Stone yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat, dan kepada Rolling Stone International.” kata kenyataan empat perenggan itu.

PT a&e Media menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus memberikan sokongan sepanjang 12 tahun perjalanan majalah itu, termasuk pembaca, pemuzik dan penulis.

Sebelum Rolling Stone Indonesia, beberapa majalah di negara itu juga memutuskan untuk menghentikan penerbitannya tahun lalu, antaranya majalah hiburan Hai (terbitan Kompas Gramedia) dan majalah fesyen Nylon Indonesia (MPG Media).

Kebanyakan majalah di Malaysia juga mengalami nasib yang sama, seperti majalah terbitan Berita Publishing Sdn Bhd.

Selain faktor ekonomi, kecenderungan masyarakat yang lebih memilih bahan bacaan secara atas talian daripada fizikal mendorong kemerosotan edaran dan jualan majalah.

Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password