Benarkah Baby Hisap Ibu Jari Kaki Petanda Nak Adik Lagi? Ini Jawapannya

 

Betul ke mitos orang tua-tua dulu cakap kalau anak hisap jari tanda nak dapat adik lagi?

Namun sebenarnya ramai yang salah faham mitos tersebut yang sebenarnya membawa petanda lebih bagus.

Mari ikuti perkongsian daripada page Ragam Anak yang berkongsi kebenaran sebenar tindakan bayi anda.  Dibawah pula kami kongsi juga perubahan serta perkembangan bayi setiap bulan untuk ibu bapa lebih prihatin akan pergerakan yang dilakukan bayi anda sepanjang tumbesaran mereka.

Pernah dengar orang-orang tua cakap macam ni tak? “Ha tu anak awak hisap ibu jari kaki petanda nak adik lagi lah tu.” Kita yang dengar ni dok terfikir-fikir, eh aku merancang lagipun baby baru 5 bulan, takkan dah nak adik? huhuhu..jgn jgn…

Tapi yang sebenarnya, baby adalah reflexologist pertama di dunia. Ha, tukang urut la senang katanya. Nak tahu kenapa? Sebenarnya, setiap kali baby menghisap ibu jari kakinya, baby sebenarnya sedang merangsang otaknya untuk berkembang. Setiap bahagian tapak kaki kita ada bahagian yang berfungsi terhadap organ tertentu.

Dan sekiranya baby nak tumbuh gigi, cuba anda tengok bahagian mana yang sering menjadi perhatian baby kita. Ya, baby akan menarik-narik bahagian belakang telinga yang tidak gatal kerana di belakang cuping telinga mempunyai dental reflexes.

Subhanalllah. Hebat sungguh ciptaan Allah kan? Sebab itu kita perlu belajar sedikit sebanyak tentang urutan baby. Selain dapat memanjakan dan menenangkan baby kita, urutan juga dapat merangsang otak dan emosi mereka.

SATU BULAN

  • Tangan dan kaki bergerak aktif
  • Cuba nak naikkan kepalanya jika sedang meniarap
  • Dapat menggerakkan tangan dan kaki pada satu masa
  • Bergerak tiba-tiba pada bunyi yang kuat
  • Badan dan Kepala perlu disokong jika didukung waktu ini
  • Tingkah laku menghisap.Selain minum susu ibu, bayi akan isap apa saja objek diletakkan dimulutnya.
DUA BULAN

  • Mungkin memusingkan kepala dari arah sisi
  • Melihat pergerakan mak ayah disekeliling
  • Memberi tindak balas terhadap anda
  • Menunjukkan keseronokan apabila anda hampir dengannya
  • Membuka dan menutup mulut ketika anda sedang bercakap dengan anak lain
  • Gerakan semakin baik

TIGA BULAN

  • Akan mengangkat kepalanya tanpa sokongan untuk beberapa saat
  • Boleh angkat kepala dan dadanya bila sedang meniarap
  • Boleh menutup dan membuka tangan dan bermain dengan jarinya sendiri
  • Semakin menyedari persekitaran dan orang sekeliling
  • Boleh melihat tangan
  • Boleh mengambil permainan atau objek yang berdekatan dengannya

EMPAT BULAN

  • Dah boleh bergerap ketika meniarap
  • Matanya mula melihat pergerakan orang di persekitaran boleh mengawal objek
  • Kawalan kepala semakin stabil
  • Gunakan tangan untuk meneroka muka sendiri
  • Mengenali orang yang paling rapat dengannya dan bertindak balas secara berbeza terhadap orang lain.

LIMA BULAN

  • Boleh mencapai Ibu Jari kaki dan memasukkan ke dalam mulut
  • Menangis untuk menarik perhatian
  • Mencapai permainan yang disukai
  • Mengangkat tangan untuk ambil sesuatu objek
  • Memalingkan kepala ke arah lain jika tak mahu lagi menyusu
  • Akan meletakkan sebarang objek yang dijumpai ke dalam mulut
ENAM BULAN

  • Boleh mengangkat tangan lebih stabil
  • Duduk dengan sokongan yang betul
  • Boleh mula makan
  • Boleh mula ketawa dan “babbles”
  • Boleh berguling-guling
  • Boleh memegang botol susu sendiri

TUJUH BULAN

  • Bermain dengan objek dan boleh gunakan satu tangan ke tangan yang lain
  • Boleh mengenali diri dan tersenyum melihat diri didalam cermin
  • Mengenali Ibu Bapanya sendiri
  • Menjadi bimbang terhadap orang yang tidak dikenali

LAPAN BULAN

  • Sudah boleh duduk tegak tanpa sokongan
  • Mampu berdiri dalam masa yang singkat
  • Mengenal namanya dan mula menyebut kata-kata yang mudah seperti ‘mama, papa’
  • Boleh mencapai objek sebelah tangan
  • Memegang objek kecil dengan jari dan ibu jari
  • Suka melihat benda-benda jatuh, dipungut semula dan dibaling semula
SEMBILAN BULAN

  • Boleh menyusur dan merangkak.
  • Suka mengambil dan menarik objek di atas meja
  • Memberi tindak balas ketika namanya dipanggil
  • Mula memaut untuk sokongan berdiri (tanda mahu berjalan)

SEPULUH BULAN

  • Mula memahami ‘tidak’ dan ‘bye-bye’.
  • Mempunyai sifat-sifat lucu yang buatkan ibu bapa ketawa seperti meniup mulut sendiri
  • Mula memahami banyak perkataan dan suka meniru bunyi
  • Suka memukul objek dengan tangannya
  • Suka mencari barang tersembunyi atas katil
  • Berjalan dengan sokongan ibu-bapa

SEBELAS BULAN

  • Melambaikan tangan untuk isyarat ‘bye-bye’.
  • Mungkin dapat berdiri sendiri untuk tempoh singkat dan cuba bergerak beberapa langkah
  • Meniru kata-kata yang mudah contohnya “no, no, no..no”
  • Boleh mencari objek diruang tamu dengan mudah

DUA BELAS BULAN

  • Boleh berdiri sendiri
  • Mula boleh berjalan dengan sokongan atau dengan sendirinya
  • Boleh mula makan sendiri dengan sudu
  • Mula memahami arahan dan permintaan
  • Mempunyai kebolehan untuk mengisi dan mengeluarkan permainan dari kotak.
  • Boleh bermain permainan tolak dan tarik

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password