Bekas model dan pelakon, Ezurin Khyra digelar ‘hot mama’ kerana tampil ‘vogue’ di Instagram

Bekas model dan pelakon, Ezurin Khyra digelar 'hot mama' kerana tampil 'vogue' di Instagram
Bagi yang tertanya-tanya siapakah gerangan Datin Ezurin atau popular dengan nama Ezurin Khyra, dia merupakan isteri kepada kerabat diraja Negeri Sembilan iaitu YM Tunku Dato’ Yaacob.Namun, bagi sesiapa yang sering mengikuti perkembangan fesyen, pasti mengenali wanita golongan sosialit kelas atasan tersebut.

.

Merupakan bekas model dan pelakon era 1990-an, kini beliau banyak menghabiskan masa di London kerana anak-anaknya yang masih menuntut ilmu di United Kingdom.

.

.

.

Sekiranya dilihat menerusi laman instagram miliknya, kehidupan Ezurin tidak ubah seperti seorang anak bangsawan yang menggemari fesyen dan kehidupan di kota mewah sekaligus menarik perhatian pengikutnya di Instagram.

.

.

Walaupun ramai mengagumi penampilan ‘daring’ yang dibawa olehnya, ada juga yang kurang senang dengan gaya tersebut kerana kurang sesuai dengan budaya yang dipraktikkan oleh orang Melayu.

.

Namun rata-rata ada juga pengikutnya yang memuji penampilan beliau sehingga digelar sebagai ‘hot mama’ kerana masih bergaya seperti anak dara.

Semoga Ezurin dan suami serta anaknya menjalani kehidupan yang bahagia di kota London! Apa yang penting, jangan lupa melawat ke tanah air sendiri bila ada masa terluang nanti.

Sumber : Ezurin Khyra

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password