”Beg Tangan Gucci Bukan Boleh Bantu Masak Waktu Lapar” Hantaran Kahwin Ikut Keperluan Bukan Kehendak, Nasihat Lelaki Ini Memang Win

Apabila menguruskan hal perkahwinan, banyak proses yang akan dilalui oleh setiap bakal pengantin. Salah satu perkara yang termasuk dalam list semestinya menyediakan barang hantaran yang akan diberikan kepada pasangan masing-masing.

Namun, pernahkah anda terfikir memberikan barang hantaran di luar kebiasaan? Daripada anda menghabiskan wang membeli beg dan kasut berjenama ataupun makeup yang menelan kos ratusan ringgit untuk dijadikan hantaran, apa kata anda baca perkongsian dari Azizul Azli Ahmad yang tular di laman facebook ini.

Terpulang pada anda, ikut kemahuan masing-masing tapi idea ini boleh diguna pakai. Lepas kahwin, tak perlu risau lagi, barangan rumah sudah tersedia. Bukankah itu satu keperluan? Anda nilaikan.

GUBAHAN HANTARAN TERKINI?
Jika kita masih buat hantaran kahwin beg tangan, kasut, kek, jam tangan kita dah ketinggalan zaman.Ini zaman ahmad maslan, hantaran mesti ikut keperluan.

1. Jika nak buat hantaran, mintak pihak pengantin beli barang keperluan. Bukan barang kehendak.

2. Jam tangan Tag Heuer, beg tangan Gucci, pewanggi CK, kasut LV, hp iphone X itu semua adalah kehendak dik bukan keperluan !

3. Itu semua bukan keperluan dalam berumah tangga, beg tangan gucci bukan boleh bantu masak sedap waktu perut sedang lapar.

4. Mesin basuh, periuk nasik, peti sejuk, seterika baju, tong gas antara keperluan lepas kahwin dik.5. Tilam vono atau tilam kawin juga keperluan pengantin, tak ada katil pun tak mengapa. Janji ada tilam dan bantal. Tengah manis nie tidur kat dapur pun tak mengapa.6. “Takkan nak letak peti sejuk dalam dulang”?. Soalan dari makcik bawang!. Pegilah Seng Heng dan jadikanlah peti sejuk dalam bentuk voucer. Letak gambaq cantik dan pakaikan reben warna warni.

7. “Ishhhh…. Nanti orang gelakkan kita, tak pernah orang buat pun”. Nak bagi orang gelak atau nak hidup bahagia lepas kahwin dik?8. “Ishhhh… Nanti takdelah gambaq cantik cantik nak upload kat insta”. Hidup kita bukan untuk berkongsi semua benda dengan orang dik, simpan sikit rasa riak tu dalam dalam!

9. Zaman ini zaman keperluan, bukan zaman letak buah plastik dalam dulang lagi dik. Kalau nak habiskan duit buat hantaran, sediakan barang keperluan bukan barang yang orang bangga ambil gambar letak dalam instagram.

10. Jangan kata abang tak payung dik, abang nak adik jadi pengantin bijak dan hebat.

Kalau nak hebat lagi, buatlah replika kunci rumah yang dah beli. Tulis ditengah kunci nama pengantin, “u telah berjaya bukakan pintu hati i”. Jadikan hantaran pengantin baru nanti.

Abah Qilah
Pengantin Lama Jiwa Baru

#JanganBerhutangKahwin
#MajlisKahwinBangloDudukRumahSewa.
#KahwinSederhanaSaja

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password