Bayi Baru Lahir Ditemui Depan Pagar Rumah..

Bayi Baru Lahir Ditemui Depan Pagar Rumah..

 

 

BAYI lelaki baru dilahirkan yang ditinggalkan dengan berbalut tuala, ditemui di hadapan rumah di Jalan Pulai, Taman Batu Pahat, Batu Pahat, 6.30 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, bayi berkenaan ditemui sihat oleh penghuni rumah berkenaan berusia 52 tahun selepas terdengar suara tangisan bayi.

Beliau berkata, penghuni terbabit terkejut sebaik melihat bayi lelaki ditinggalkan di hadapan pagar rumahnya.

“Penghuni wanita berkenaan meminta bantuan daripada orang awam yang kebetulan lalu di hadapan rumahnya untuk menghubungi pihak polis dan hospital bagi mendapatkan bantuan.

“Keadaan bayi stabil dan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk rawatan selanjutnya. Bayi adalah lelaki mirip keturunan Melayu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan di kawasan berhampiran perumahan mendapati kawasan berkenaan didiami oleh keluarga berbangsa Cina dan kebanyakannya adalah warga emas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 074343999 atau 074363300 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Wan Zahidah di talian 0182213037 bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password