“Bayangkan, sup tu panas2 suam…” – Sup bunjut dikata bahan sihir, Norkhiriah kongsi babak lucu drama Nur

"Bayangkan, sup tu panas2 suam…" – Sup bunjut dikata bahan sihir, Norkhiriah kongsi babak lucu drama Nur

Drama Nur yang mencecah jutaan penonton ketika ini semakin menjadi bualan hangat netizen terutamanya di laman media sosial. Walaupun pelbagai persoalan muncul awal Ramadan lalu, namun peminat drama tempatan terus ‘melekat’ di kaca televisyen.

Selain jalan cerita yang sarat dengan pengajaran dan menyuntik nilai moral, setiap watak yang dibawa oleh para pelakon juga menjadi tulang belakang kejayaan drama 19 episod itu.

Terbaru, satu babak di dalam drama arahan pengarah popular Shahrulezad Mohameddin itu tiba-tiba menjadi topik utama dan trending pada malam tadi.

Ini gara-gara apabila watak Aisyah dan Amirul yang dilakonkan oleh Noorkhiriah dan Raja Atiq yang tersalah faham mengenai uncang sup bunjut yang dikatakan perbuatan untuk menyihir orang.

“Itu sup bunjut gilerrrr. Ramai pulak yang hantar gambar sup bunjut kat akak. Hadeh, masa vut scene ni pun memang menahan gelak.

“Cuba bayangkan sup tu panas2 suam. Memang kau sajakan budak prop. Sakit hati kat ecah punya pasal. Tapi serious, tak sangka ramai yang berdekah dengan scence ni. Clap clap kat abang @budakijat.

“Skrip out of box. Terima kasih untuk malam ni. Kita jumpa Isnin pulak yer,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen di laman Instagram miliknya.

Rata-rata di laman Twitter pula dihujani dengan posting mengenai sup bunjut yang menyifatkan babak berkenaan amat lucu dan kelakar, memang tidak kering gusi dibuatnya!

.

.

Namun tidak kurang ada juga yang lucu dan geram dengan perangai watak Amirul yang tidak reti untuk membezakan antara sup bunjut dan bahan sihir.

.

Haihh memang berdekah la babak tu kan! Berbaki lagi tiga episod, konpem ramai yang tak sabar nak tengok kesudahan jalan cerita yang penuh dramatik tu!

Sumber : Noorkhiriah

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password