Basic solat berjemaah yang sebenarnya ramai masih tak tahu

Basic solat berjemaah yang sebenarnya ramai masih tak tahu

 

Sebagai seorang beragama Islam, kita sudah dididik untuk menunaikan solat sejak dari kecil lagi. Namun, apabila menjadi semakin dewasa, mungkin asas-asas solat ini menjadi semakin kurang ingat kerana terlalu banyak memikirkan hal-hal lain seumpamanya.

Memandangkan solat itu tiang agama, apa kata kita refresh kembali apa yang kita sudah pelajari sejak dari bangku sekolah lagi.

1. Kalau Imam bangun (terlebih rakaat), jangan ikut. Sapa ikut batal solat. Bilangan rakaat solat dah tetap tak boleh tambah dengan sengaja melainkan terlupa.

2. Kalau Imam lupa tahiyat awal dan terus berdiri, kena ikut. Jangan pandai2 suruh Imam duduk semula. Kalau imam duduk, batal solat dia (Mazhab Syafie).

Nak cerita sikit pengalaman sebenar :

1. Ada solat kat satu masjid baru-baru ini, Imam terlupa duduk tahiyat awal. Beliau terus berdiri tegak. Kemudian punyalah ramai jemaah belakangnya tegur ‘Subhanallah’ (sambil duduk tahiyat awal). Aku yang dah berdiri ni harap sangat janganlah Imam pergi duduk semula. Tiba-tiba Imam turun pergi duduk balik. Terpaksa Mufarraqah (berpisah dari imam).

2. Pernah berhenti solat kat satu surau waktu Zohor, dah rakaat ketiga. Tiba-tiba Imam terbatal ketika duduk antara dua sujud (kentut yang berbunyi). Semua jemaah bubar dan batalkan solat tersebut. Sepatutnya, orang belakang imam tu ambil alih jadi imam dengan kuatkan suara. Boleh langkah ke depan selangkah bila berdiri.

3. Ketika Solat Asar kat masjid kampung sendiri tahun lepas. Imam terus berdiri selepas rakaat ke-4. Ramai yang ikut berdiri sedangkan mereka tahu itu dah masuk rakaat ke-5. Imam tu sah solat sebab dia terlupa. Tapi makmum yang ikut dengan tahu/sedar, semua batal solat. Takde solat Asar 5 rakaat. Kita ada 2 pilihan, Mufaraqah (berpisah dari imam dan terus bagi salam) atau tunggu Imam kat Tahiyat akhir dan bagi salam bersama-sama.

Sebab tu dalam hadis ada sebut, orang yang belakang Imam tu kena yang paling baik ilmu agamanya. Supaya tahu nak buat apa untuk gantikan Imam bila diperlukan.

Ini adalah ilmu yang kita semua kena belajar lebih dari ilmu lain. Belajar solat ni tak sampai setengah haripun. Tapi ilmu tu kekal sampai kita mati.

Wallahua’lam.

Sumber : Acaii Jawe

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password