‘Baru Usia 8 Tahun Tapi Kanak-Kanak Ini Dah Capai Tinggi 1.85 Meter!’ Kanak-Kanak Paling Tinggi Di Dunia..

Seorang kanak-kanak dari Meerut, India, memiliki ketinggian seperti seorang lelaki dewasa apabila mencapai ukuran 1.85 meter tinggi pada usia 8 tahun.

Ketika dilahirkan, Karan Singh memiliki ukuran 60 sentimeter panjang dan 6.3 kilogram berat. Kanak-kanak berusia 8 tahun ini dipercayai mengikut baka ibunya yang juga merupakan pemain bola keranjang dengan ketinggian 2.18 meter.



Masalah buat Karan Singh adalah mencari pakaian serta kasut yang sesuai buat dirinya. 



Dengan saiz badan yang sedemikian, Karan Singh memakai kasut saiz 12 dan juga pernah memakai pakaian kanak-kanak berusia 10 tahun ketika beliau berusia 3 tahun.

Nama Karan Singh kini dicatatkan dalam Rekod Dunia Guinness sebagai kanak-kanak paling tinggi di dunia.



Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password