Baru pertama kali bertanding AJL dan menang tempat ketiga, Haqiem Rusli buktikan bakatnya setanding dengan wajah kacaknya 

Baru pertama kali bertanding AJL dan menang tempat ketiga, Haqiem Rusli buktikan bakatnya setanding dengan wajah kacaknya 

 

Haqiem Rusli yang tampil dengan lagu Tergantung Sepi memberi persembahan yang menusuk kalbu dan menyentuh hati penonton di Dewan Axiata apabila ramai rakan artis yang mengeluarkan air  mata.

Lagu hasil ciptaan Gouffran dan Ibnu dinobatkan sebagai tempat ketiga Anugerah Juara Lagu Ke-32 telah membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000, baucar CJ Wow Shop bernilai RM2,000 dan sebuah trofi.

Persembahan yang penuh emosi  dari penyanyi yang mempunyai identiti berkaca mata hitam ini membawa maksud yang mendalam iaitu seorang insan yang kurang kasih sayang dari sebuah keluarga dan diabaikan sebegitu rupa.

Berlatarbelakangkan sekumpulan pelajar dari sebuah sekolah khas, mereka memberikan persembahan dengan menggunakan bahasa isyarat yang membawa mesej yang padat dan penuh emosi.

Walaupun masih baru dalam industri hiburan tanah air, Haqiem dianggap sebagai seorang penyanyi yang berani kerana ini merupakan persembahan pertamanya muncul sebagai finalis AJL.

Seangkatan dengan artis-artis baru seperti Khai Bahar, Aiman Tino, Sufian Suhaimi, Tajul dan Irfan Haris, Haqiem atau nama sebenanrnya Ridzuan Haqiem bin Rusli telah mengangkat nama artis baru sebagai sesuatu yang mengagumkan dan bukannya diperlekehkan seperti yang diperkatakan netizen sebelum ini.

Penyanyi yang berusia 19 tahun ini, mempunyai empat buah lagu antaranya Segalanya (2016), Tergantung Sepi (2017), Lebaran Terindah (feat. FMC Music various artists 2017) dan lagu terbarunya Jatuh Bangun yang kini hangat di corong-corong radio.

Hael Husaini dinobatkan sebagai Juara Anugerah Juara Lagu ke-32 membawa pulang wang tunai RM50,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM10,000.

Naib Juara dimenangi komposer Faizal Tahir dan Mike Chan dengan lagu Sejati yang dipersembahkan vokalis Azmi Saat, vokalis Caliph Buskers. Mereka menerima wang tunai RM35,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM2,000.

Syamel dan Ernie Zakri yang mendendangkan lagu Aku Cinta diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik, sekaligus telah menewaskan Dayang Nurfaizah yang pernah merangkul kategori vokal terbaik tiga tahun berturut-turut AJL sebelum ini.  Syamel dan Ernie masig-masing telah membawa pulang wang tunai RM12,000, sebuah trofi dan baucar CJ Wow Shop RM2,000.

Manakala aksi bertenaga Altimet yang menyampaikan lagu Amboi melayakkan dirinya menerima trofi Persembahan Terbaik. Altimet menerima wang tunai RM12,000 dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM2,000.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password