Bapa Durjana Cabul Dan Rogol Anak Sendiri Dipenjara 81 Tahun Dan Lapan Sebatan

Seorang bapa berusia 50 tahun dijatuhkan hukuman penjara 81 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Seksyen atas lima tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii, sumbang mahram serta mencabul kehormatan anak perempuannya sejak enam tahun lalu.

Hakim Zahilah Mohammad Yusoff membuat keputusan itu selepas tertuduh yang bekerja sebagai kelindan lori itu mengaku bersalah bagi kelima-lima pertuduhan sejurus ia dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya.

Tertuduh yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU) pendengaran didakwa melakukan persetubuhan yang diluar tabii dengan memasukkan zakar ke dalam mulut anaknya yang ketika itu berusia 11 tahun pada Mei 2011 di sebuah rumah di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, Johor sekitar pukul 4 petang.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang baru bercerai pada 17 Oktober lalu, juga didakwa melakukan persetubuhan dengan mangsa yang mana perhubungan itu tidak dibenarkan undang-undang atau hukum agama terpakai kepadanya untuk berkahwin dengan mangsa (sumbang mahram) yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Selain itu, tertuduh menerima dua lagi pertuduhan iaitu menggunakan kekerasan jenayah kepada mangsa yang juga anak keduanya dengan maksud mencabul kehormatan remaja perempuan itu pada 5 petang, Oktober 2014 dan 12 tengah malam, Februari 2015 di FELDA Air Tawar 3, Kota Tinggi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Sebelum tertuduh dijatuhkan hukuman, peguam Salwa Sulaiman dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon hukuman ringan terhadap tertuduh dengan alasan dia seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengalami masalah pendengaran selain dan dari baru bekerja selama dua minggu serta belum menerima gaji.

“Tertuduh sudah tidak tinggal serumah dengan mangsa dan dia mempunyai enam anak berusia antara lima dan 18 tahun yang juga ada masih belajar,” ujarnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad memohon hukuman berat terhadap tertuduh dengan mengambil kira perbuatan sumbang mahram yang juga satu perkara serius.

“Ini membabitkan isu keselamatan mangsa yang juga anak kandung tertuduh dan mohon mahkamah mengambil kira kesan kejadian ini menyebabkan mangsa trauma selain memusnahkan masa depannya,” katanya

Dalam pada itu, mahkamah sama turut menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas ipar tertuduh berusia 37 tahun yang turut mengaku bersalah atas satu pertuduhan mencabul kehormatan mangsa pada Mei 2014 di sebuah rumah di Felda Air Tawar 3, di sini.

Pekerja kontrak itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Sumber- Harian Metro



Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password