“BANYAK REDA, TOLAK ANSUR”

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: "BANYAK REDA, TOLAK ANSUR"

Umum mengetahui bahawa Fattah Amin, 27 dan Nur Fazura, 34, baru sahaja bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur, malam semalam.

Pernikahan pasangan selebriti tersebut itu juga mendapat perhatian pelakon dan usahawan Rozita Che Wan yang memberikan sedikit nasihat kepada Fazura yang bersuamikan lelaki muda apabila usia antara mereka jarak tujuh tahun.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 44, itu mengambil contoh, pandangan yang berbeza dalam sesuatu hal merupakan cabaran dalam rumah tangganya yang dibina dengan suaminya, Zain Saidin, 32.

“Setiap pasangan berbeza dan jarak saya dengan suami agak jauh berbanding Fattah dan Fazura, mereka baru tujuh tahun beza.

“Apa yang boleh saya nasihat ialah kena banyak reda dan saling bertolak ansur kerana cara pandangan kita dan dia (lelaki) berbeza. Kadang-kadang kita jangka dia akan buat perkara ini, tapi dia buat lain.

“Pilih lelaki lebih muda kita perlu belajar dan tidak boleh jangka apa yang mereka fikir sama. Soal anak contohnya, Zain mahu anak ramai tapi pada fikiran saya pula yang penting ialah kualiti bukan kuantiti,” katanya.

Terdahulu, Fattah dan Fazura menerusi satu sidang media khas memberitahu mereka masih lagi menguruskan dokumen pernikahan mereka dan bakal menghadiri kursus kahwin.

Mereka merencana untuk bernikah pada penghujung tahun ini dan akan mengadakan dua majlis resepsi pada tahun depan khas untuk keluarga, rakan media dan peminat.

Ini yang dinamakan jodoh, siapa sangka mereka bernikah lebih awal bukan? Ramai yang mendoakan kebahagiaan Fattah dan Fazura.

Bagaimanapun kata Rozita lagi, melalui pengalamannya, perkara itu bukan satu masalah, sebaliknya dia melalui proses pembelajaran dalam rumah tangga sejak mendirikan rumah tangga empat tahun lalu bersama Zain.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password