Banjir berpunca pembangunan tak terkawal, mahu moratorium

Pembangunan tidak terkawal di Pulau Pinang pada tahun kebelakangan ini boleh menjadi sebab utama banjir kilat kerap berlaku di negeri itu, kata timbalan ketua Pemuda Gerakan Andy Yong.

Beliau maklum beberapa kawasan yang pernah asli dan menenangkan telah menjadi projek pembinaan besar-besaran tanpa mengambil kira kesan terhadap masyarakat setempat dan alam sekitar.

Beliau berkata justifikasi tidak munasabah selepas tragedi itu tidak berguna memandangkan penduduk Pulau Pinang memerlukan langkah-langkah pencegahan dan jaminan sekarang.

Yong berkata banjir hujung minggu lalu yang meragut tujuh nyawa membuktikan Pulau Pinang berhadapan masalah serius dari segi pemeliharaan dan kemapanan alam sekitar.

Beliau berkata berdasarkan lawatan terbaru beliau ke negeri utara itu memperlihatkan tahap kemusnahan banjir yang tidak dijangka.

“Banjir yang sering kali berlaku apabila air menjadi coklat di kawasan seperti Tanjung Bungah membuktikan hakisan di lereng bukit bertambah buruk.

“Banjir dan tanah runtuh terbaru beberapa bulan lalu menjadi peringatan. Kerajaan Pulau Pinang mesti mengambil langkah serius.

“Saya harap institut jurutera atau ahli geologi akan menjalankan kajian dan menyediakan laporan menyeluruh terhadap projek-projek di kawasan berisiko tinggi bagi mencegah ancaman sebenar lebih banyak tanah runtuh pada masa akan datang,” tambah beliau.

Yong berkata membenarkan projek-projek di lereng bukit dijalankan khususnya kawasan yang telah dikenal pasti berisiko tinggi mendedahkan rasa tamak dan tidak berpandangan jauh telah mengatasi kemapanan alam sekitar.

Beliau menambah bencana alam buatan manusia dan tidak sepatutnya terjadi ini seharusnya dapat dicegah.

Untuk itu, Yong mendesak moratorium segera dikenakan terhadap kesemua projek khususnya untuk projek di kawasan berisiko tinggi sehinggalah kajian lanjut dilakukan.

“Pada masa yang, pihak berkuasa relevan seperti jawatan kuasa mitigasi banjir negeri serta jabatan parit dan saliran perlu memastikan sistem tebatan banjir dan saliran kita dipersiapkan bagi menangani kemasukan air dan sampah lainnya,” kata beliau.



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password