Bangkit kes penukaran status tanah, ADUN Senai diarah keluar dewan

DUN JOHOR l Wong Shu Qi dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor melalui undian yang diadakan di dalam dewan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai itu mempersoal sama ada Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin menerima bayaran daripada pemaju berkenaan penukaran status hartanah daripada bumiputera kepada bukan bumiputera, seperti dilapor The Sun Daily.

Semasa perbahasa Bajet 2018 negeri Johor, Wong dalam ucapannya bertanya sama ada dakwaan Khaled menerima RM12 juta daripada pemaju.

“Semua ini berdasarkan kenyataan saksi dalam siasatan SPRM.

“Saksi merupakan orang tengah dalam semua transaksi itu. Saya tertarik kepada kenyataan itu selepas beberapa pihak memuat naik dalam laman web,” katanya.

Pada Mac lalu, Exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi ditahan dan didakwa sebulan kemudian atas tuduhan rasuah berkaitan urusan tanah.

Wong mendakwa jumlah yang dikatakan diterima Khaled dan Latif hampir sama banyak dengan jumlah yang pemaju seharusnya sumbangkan kepada Dana Perumahan Johor iaitu sebanyak RM40 juta.

Wong meminta agar Sultan Johor perkenan menubuhkan siasatan diraja bagi menyiasat perkara itu.

Speaker dewan meminta Wong menarik balik kenyataannya atas alasan ia adalah urusan mahkamah.

Wong bagaimanapun enggan dan seterusnya dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan DUN Johor.

Wong turut diarah keluar dari dewan.

[Baca berita penuh]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password