Baling Kad Merah Sampai Tersangkut di Pokok, MB Negeri Sembilan Mengaku Dihukum Tak Boleh Bermain Bola Sepanjang Hidup Selepas Insiden Itu

 

Siapa sangka, dia pernah dilayangkan kad merah satu ketika dahulu ketika bermain untuk pasukan negerinya dan apa yang menarik adalah sehingga kini dia masih lagi menjalani hukuman terbabit.

Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dia digantung seumur hidup dari bermain bola sepak oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) selepas dilayangkan kad merah pada satu perlawanan 40 tahun dahulu.

Menurutnya, walaupun kini sudah bergelar Presiden PBNS, beliau tidak mahu penggantungan itu ditarik balik kerana mengakui kesalahannya dalam insiden tersebut.

Menceritakan kembali insiden terbabit, Mohamad Hasan berkata ia berlaku dalam final liga tempatan pada tahun 1977 melibatkan pasukannya, NS Malays dengan NS Indians di padang NS atau kini yang dikenali dengan nama padang Majlis Perbandaran Seremban

Dalam perlawanan itu, saya bermain sebagai pertahanan ditugaskan mengawal pemain kebangsaan, G. Torairaju dan permainannya sangat bagus, dia laju.

Saya dilayangkan kad kuning (selepas mengkasari Torairaju) tetapi saya bantah dan tendang bola sehingga terkena pengadil. Pengadil tunjukkan kad merah, saya rampas kad dari tangan pengadil dan baling lalu tersangkut di atas pokok.

Saya tidak boleh bermain lagi selepas itu, ia adalah perlawanan terakhir saya secara rasmi,” katanya sebagaimana laporan Utusan Online.

Beliau mengulas pembabitannya dalam sukan itu selepas insiden kad merah dalam perlawanan yang berakhir 1-1 itu dikongsi oleh seorang pemilik akaun Facebook baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, terdapat usul oleh ahli majlis PBNS kira-kira tujuh atau lapan tahun lalu untuk menamatkan penggantungan itu.

Tetapi saya kata tidak perlu, kerana saya salah dan saya layak dibuang padang,” katanya.

Tambah Utusan Online juga, Mohamad Hasan berkata sedemikian sebagai jawapan balas kepada satu posting seorang individu mengenai kejadian terbabit di Facebook.

Sumber: Utusan Online, NST

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password