BAJU NIKAH: “BELAH DI DADA PUNYAI LAPIK”

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: BAJU NIKAH: "BELAH DI DADA PUNYAI LAPIK"
Busana yang dipakainya di majlis pernikahan pada Ahad lalu itu dikatakan seksi dan tidak menghormati majlis telah membuatkan penyanyi Nita Hamzah berang.

Nita tampil menjelaskan baju itu tidak seksi kerana dia masih mampu berfikir dengan waras untuk memilih pakaian sesuai pada upacara akad nikah tersebut.

“Saya memang seorang yang berfikiran terbuka tapi saya masih boleh berfikir mana elok atau tidak. Tak mungkin saya pakai baju seksi ketika akad nikah.

“Baju yang dikatakan itu berbelah di bahagian dada itu mempunyai lapik, mungkin mereka sangka ia seperti kulit saya,” ujarnya.

Pemilik nama penuh Norhanita Hamzah itu bergelar isteri kepada Fareez, 30, dengan sekali lafaz pada pukul 11.45 pagi Ahad.

Pemenang tempat kedua program realiti ‘Malaysian Idol’ musim kedua itu menerima mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran RM10,000. Nita turut memberikan sembilan dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak Fareez.

Sementara itu, Nita berkata, dia meminta netizen yang ingin menegur pemakaiannya agar memberi mesej secara peribadi berbanding menulis secara terbuka di ruangan komen.

Perkara itu, dirasakan bukan sahaja membuka aib, malah menggalakkan orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

“Kalau niat untuk menegur lebih baik beri mesej peribadi kepada saya bukan komen secara terbuka begitu.

“Ia bukan sahaja buka aib tapi beri peluang untuk dapat dosa dan mengundang perbalahan dengan pengikut saya pula,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nita bersyukur apabila hubungan yang dibina selama empat tahun dengan Fareez akhirnya membawa ke alam rumah tangga.

Katanya, dia dan suami merancang untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat sebagai pelengkap rumah tangga mereka.

“Dalam tempoh empat tahun sudah empat kali putus tapi ada kuat jodoh kami. Perancangan anak biarlah Allah tentukan kalau boleh kami nak cepat-cepat dapat anak,” tuturnya.

Difahamkan, majlis bertandang bagi pihak lelaki bagi pasangan ini akan berlangsung pada Ogos depan di Klang.

Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password