Bajet 2018: Kerajaan mansuhkan 4 tol di Selangor, Kedah dan Johor

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 hari ini mengumunkan pemansuhan kutipan di 3 tol di Selangor, Kedah dan Johor yang akan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2018.

Pengumuman itu menyaksikan, Ahli Parlimen dari kedudukn pihak kerajaan dan pembangkang mendengar dengan teliti ucapan Najib, sebelum bersorak sebaik saja mendengar pengumuman tersebut.

Pengumuman itu melibatkan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Shah Alam, Selangor, Tol Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Tol EDL (Eastern Dispersal Link) di Johor.

“Berita baik untuk pengguna pengguna lebuh raya di Selangor, Kedah dan Johor. Bermula 1 Januari 2018, kerajaan telah bersetuju pertama, memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga Shah Alam dan sungai Rasau kedua-duanya di Selangor.”

“Kedua, memansuhkan kutipan tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah, dan akhir sekali Tol Lebuhraya Penyuaraian Timur (EDL) di Johor.” Kata Najib.



Sumber : MiloSuam

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password