Bahana krim kilo bermerkuri, sampai kandungan gugur

Bahana krim kilo bermerkuri, sampai kandungan gugur

Memang menjadi lumrah seorang wanita untuk kelihatan cantik sentiasa. Maka tidak hairanlah ada yang sanggup berhabiskan ribuan ringgit membeli pelbagai produk kecantikan yang dijual di mana-mana.

Termakan dengan janji-janji founder produk yang menjanjikan kulit yang putih dan mulus ataupun mampu mengurangkan gendut di perut tanpa perlu berdiet dan bersenam, ramai wanita yang sanggup mengambil risiko untuk mencuba produk-produk tahyul yang status kesihatannya masih belum disahkan oleh pihak berkuasa.

Terbaru, seorang pengguna Facebook telah berkongsi kisah bagaimana krim kilo ini telah menjahanamkan impian seorang wanita untuk menimang cahaya mata setelah kandungannya gugur akibat kesan sampingan krim merkuri yang dicubanya.

Khairul Yoi telah dihubungi oleh seorang kenalannya menerusi Facebook baru-baru ini yang meluahkan perasaan kesalnya setelah bertindak mencuba untuk menggunakan krim kilo, hanya semata-mata mahu kelihatan cantik dan sempurna.

Menurut kenalannya itu, krim kilo yang digunanya itu tidak memberikan sebarang kesan kepada kulitnya, sebaliknya memjejaskan ‘dalamannya’.

.

.

Menurut wanita itu, beliau telah disahkan hamil 12 minggu pada 16 Ogos 2017. Namun semasa beliau menjalani pemeriksaan di sebuah klinik, doktor yang memeriksa beliau telah mendapati kandungan beliau itu tidak sempurna kerana saiz janinnya itu didapati tidak seiring dengan usia janin tersebut.

Tambah doktor itu lagi, sekiranya betul janinnya itu tidak norman dan berkembang, beliau akan mengalami pendarahan dalam tempoh beberapa minggu lagi dan boleh mengakibatkan keguguran.

Menurut doktor itu lagi, ianya berkemungkinan berpunca daripada faktor ovum yang tidak sempurna ataupun penggunaan produk skin care yang beracun di sepanjang tempoh kehamilan beliau.

Setelah berminggu-minggu memikirkan puncanya, beliau akhirnya telah mendapati produk ‘skin care’ yang digunakan oleh beliau selama ini sebenarnya mengandungi merkuri yang merupakan sejenis racun.

Beliau kemudiannya telah menghubungi doktor yang memeriksa beliau tempoh hari untuk bertanya sama ada kandungan merkuri di dalam produk skin care yang digunakan oleh beliau itu boleh menyebabkan keguguran. Doktor itu kemudiannya telah mengesahkan bahawa merkuri sememangnya boleh menyebabkan keguguran kepada kandungan.

Menurut wanita itu, tujuan beliau berkongsi kisah ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai, khususnya golongan wanita supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan sebarang produk kecantikan.

Sumber : Khairul Yoi

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password