“Awww, macam ni barulah BFF…” – Jalan berpegangan tangan, netizen teruja melihat keakraban Robert Kuok dan Tun Daim

"Awww, macam ni barulah BFF…" – Jalan berpegangan tangan, netizen teruja melihat keakraban Robert Kuok dan Tun Daim

Setelah sekian lama berada di luar negara, billionaire Tan Sri Robert Kuok telah pun selamat tiba daripada Hong Kong hari ini untuk menyertai mesyuarat bersama-sama dengan rakan-rakan Majlis Penasihatnya di tanah air.

Majlis penasihat yang baru ditubuhkan oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir yang berperanan untuk menasihati kerajaan di dalam hal ehwal ekonomi dan kewangan telah mendapat reaksi yang positif di kalangan rakyat Malaysia.

Dianggotai oleh bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, bekas gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden Petronas Tan Sri Hasan Merican, billionaire Tan Sri Robert Kuok dan pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram, majlis penasihat ini sudah pastinya bakal memainkan peranan yang penting dalam memacu ekonomi negara ke tahap yang lebih baik pada masa yang akan datang.

Sejak awal pagi tadi, beberapa keping gambar yang menunjukkan keakraban di antara Tan Sri Robert Kuok dengan Tun Daim Zainuddin telah menjadi tular di Facebook.

Aksi-aksi Tun Daim yang menyambut kehadiran Tan Sri Robert seperti seorang kawan yang telah lama terpisah itu telah membuat ramai netizen yang terkesan.

Selain daripada itu, gambar kedua-dua tokoh ini yang berjalan sambil berpegangan tangan turut mendapat perhatian netizen. Rata-rata berasa terharu melihat betapa akrabnya perhubungan di antara mereka ini meskipun berlainan bangsa dan agama.

.

.

Tan Sri Robert Kuok yang telah dinobatkan sebagai individu yang paling kaya di dalam Malaysia tahun 2017 oleh majalah Forbes dengan nilai aset sebanyak USD50.46 billion.

Anak kelahiran Johor ini memperoleh aset dan kekayaannya dari sektor minyak sawit, hartanah dan perkapalan.

Sumber : FB Malay Mail

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password